January 1, 2011

Makan Nasi Lemak Sehari Suntuk

Pagi-pagi lagi aku dah siap masak nasi lemak. Sambal tumis ikan bilis yang diberi oleh sepupu aku masih ada di dalam freezer so sudah pun dipanaskan. Telur sudah direbus. Selesai sudah semuanya, aku beritahu kanak-kanak di rumah ni supaya makanlah nasi lemak tu hingga tak larat since dah tak lalu nak makan makanan lain. Asyik sama je masakan di sini. Arghh, boleh bosan tahap lipan ni! Esok pun tak tahu nak masak apa! Ahhhh, esok, esok punya pasal. Aku sudah tidak larat untuk memikirkan lagi. Marah nampak! Esok dah pesan pada kanak-kanak, bangun awal kerana semua orang akan keluar bercanda di city sebab esok cuaca sangat cantik. 6 darjah. So taklah freezing sangat! Hari ni pun ok sikit, 4 darjah dan boleh sidai kain di luar tanpa ada stalactites. 







Radford Grove Lane, Nottingham.

***