January 3, 2011

Tukar Barang



Kami sudah pun pulang dari city. Tujuan utama ke city ialah untuk menukar seluar yang Widad beli masa selepas christmas ritu (boxing day). Kami beli di Junction 28 di M1 Motorway dan since kat situ tak boleh nak cuba, kira sauk je dan try di rumah. Sampai rumah, budak Widad yang perasan dirinya halus, mencuba dan gagal untuk muatkan apa yang diambil. So kesimpulannya, si Widad put on weight dengan gigihnya. Tukarkan tadi kat NEXT. Selesai sudah, kami terus ke Sports Direct untuk tukar bola yang dibeli oleh Alim kerana bola tu macam bocor. Asyik keluar hangen je. Selesai sudah situ kami berjalan sakan satu city sambil singgah di GREGGS  untuk membeli prawn sandwich dan cheese and onion pastry. Beli juga Millets cookies dua dozen. Hari ni mogok masak sebab macam dah bosan tahap lipan dah makanan yang sama je setiap hari. Kira makan sandwich pun kira lainlah sikit walaupun tak lah sedap mana pun. Aku punya citarasa sudah sampai tahap bosan ni so aku agak bimbang kerana aku sudah mulai tidak lalu makan lagi dan masa nilah Malaysia amat dirindui! Arghhh, restoran banyak di Malaysia dan pelbagai masakan boleh cuba dan semua negeri punya masakan boleh dimakan. Tiba-tiba teringat nak makan budu! Makan nasi kerabu letak budu. Yummy! Terus lapar. Aku nak makan nasi kerabu di Yati Restoran di Bangi yang sedap tahap merah tu! Aku kena cari menantu orang Kelantan ni sebab aku suka masakan Kelantan. Hmmm, tolong kawan2 untuk carikan aku menantu Kelantan!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***