Hari ni masih cuti lagi di sini. Cuti christmas dan new year. Sekolah buka hari khamis ni. Lama sungguh break kanak-kanak kali ni. Di sini, new year disambut dengan sungguh-sungguh walaupun bagi aku memang tak ada beza pun new year ni. Aku dan anak-anak aku langsung tak sambut new year sebab for me it is just another day. Macam hari esok! Tapi since new year kat sini semua kedai tutup, including ASDA dan all grocery stores, kami kena stock groceries awal lagi. Tapi masalahnya counter makanan banyak yang kosong. Bahagian sayur semua kosong. Roti pun kosong. Itu pun aku pergi sehari sebelum new year. Semalam pergi yakni sehari selepas new year pun counter masih kosong. Dia orang ni tak kerja ke? Tak petik sayur ke? Tak kutip ubi kentang ke? Tak uli roti ke? Nasib baik aku dah stokkan garlic bread kat freezer tu. So telan jer garlic bread tu!
So aktiviti kanak-kanak cuti lagi empat hari ni, tengok disney channel, makan, disney channel (aku dah pening ni!), makan lagi, phineas and ferbs (aku dah muntah), makan lagi dan seterusnya. So hari ni, kami kena keluar pergi ke city. Entah nak buat apa, tapi kena keluar, kalau tidak aku demam tengok disney channel dan phineas and ferbs.
Radford Grove Lane, Nottingham.
***