January 5, 2011

Semalam Beli Alevin



Semalam. Lepas zohor, aku dan Aliaa keluar menuju ke Hyperama. Tujuan utama ingin mencari Alevin dan berkaitan dengannya. So, kami dapatlah alevin 3 bungkus, calamari 3 kotak dan udang 3 kampit. Masalah udang kat sini, semuanya frozen. Tapi yang bagusnya, semua udang sudah siap bersiang ye encik!. So beli juga toilet roll sebab murah sikit kat situ. Kiranya beli banyak juga toilet roll tu. Boleh bungkus orang jadi mummy lagi!Sighh! macam tak ada kerja lain ler tu! So lepas tu beli phone card. Nak call kanak-kanak di Malaysia nanti. Oh lupa, sebelum tu kami ke city kejap. Nak beli E45 10 tub untuk kawan aku di Malaysia. Dia kirim dan nanti kena hantar shipping sebab barang dia ada banyak. Kesian anak dia ada eczema. So perlu E45 tu banyak. Kat Malaysia sangatlah mahal. So selesai urusan, balik rumah nak makan kuay teaw sup plus cili hitam pedas. Memang boleh berasap telinga. Begedil, alim yang buat. Dia lenyek ubi kentang dan Widad goreng. Hari ni masih santai lagi sebab kanak-kanak sekolah khamis ni. 


Hari ni goreng Alevin dan pajeri nanas. Aliaa akan masak. Aku?





Radford Grove Lane, Nottingham.

***