January 25, 2011

Rerun Hingga Pengsan!




Ini tulisan semalam! 

Boleh ke minggu lepas tak keluar beli groceries. Memang cukup tak mahu nak keluar since  semua lebih rela duduk di rumah sambil mengadap laptop masing-masing. Itu pun, bukan pakai ear piece pun bila dengar muzik atau tengok drama. So bayangkanlah kalau ada empat jenis lagu dan empat bunyi bahasa dalam drama. Tapi macam tak heranlah pulak sebab boleh pulak nak concentrate tu. Maka, habislah semua episode RERUN aka tengok semula buat kali ke tiga seperti My Lovely Sam Soon, My Brother, Worlds Within, Full House, A Moment to Remember dan banyak lagi. Kalau drama baru, aku akan tengok last episode dulu, kalau bagus baru tengok dari mula since ada jugak drama yang plot tak boleh aku nak terima. hehhehe. Memang banyak songeh! Nak menghabiskan masa selain dari buat kerja, ini ajelah yang dapat membuatkan aku lebih proaktif dalam tulis paper. Minggu ni kalau mood sudah sampai boleh buat satu lagi paper on all these dramas and movies. Let me see, on culture? Anyways, mutton tak boleh nak dibawa keluar dari freezer. Freezer ni memang tak boleh nak defroze so kena offkan baru boleh keluarkan. Or else, kita makan roti je hari ni ye anak-anak!





Radford Grove Lane, Nottingham.

****