Bila winter, tak teringin pun nak keluar ke mana-mana. Mungkin cuma aku sahaja berfikiran begitu. Aku tak minat hendak pakai baju tebal yang aku sendiri rasa berat bila berjalan. Aku tak minat nak belit scarf di leher yang aku rasa macam nak terkehal tengkuk aku bila berbuat demikian. Telinga ni pula kenalah tutup walaupun pakai tudung, tapi tudung tu nipis so kenalah pakai snow cap bagi tujuan tutup telinga aku yang sangat sejuk hingga ke dalam telinga dan bila pakai snow cap, hampir pekak pulak sebab tebal (ayat serabut!). Kena tutup jugak! Nak bercakap masa winter pun dah cukup malas sebab bila cakap selema pun keluar sekali. Cis. Buat malu je bila setiap kali winter, macam budak kecik yang selema meleleh dan tak reti nak lap tu! Bukan tak reti tapi tak sedar selema keluar. Jangan salahkan aku hokey! Tangan pulak kena pakai glove or masuk je dalam poket dan tak dikeluarkan. Bukan boleh jalan laju bila tangan dalam poketkan! Walaupun rumah aku di Nottingham ni macam kawasan yang jauh dari segala tapi dekat di hutan (Sherwood Forest) namun bila tempat lain snow, tempat aku tak snow, bila tempat lain winter teruk, tempat aku teruk memanjang. Tempat lain panas sikit, tempat aku still serupa yakni malap dan terus malap dan sejuk yang amat. Aku hairan dan juga kagum sebab Nottingham ni lain dari tempat lain. Still, tempat jatuh lagi dikenangkan, aku still suka Nottingham.
Tempat aku selalu jatuh terjelepuk bila tiba winter!
Radford Grove Lane, Nottingham yang selalu tak ada matahari, kau ada? (memanglah ada, silap soalan tu!)
***