January 25, 2011

Virus Dalam Rumah!



Semalam kononnya nak buat sedikit editing untuk paper aku. Tapi tiba-tiba ada satu jenis virus dah masuk dalam laptop ni. Habis semua pop up beli anti virus keluar tanpa henti. Arghhh, apa lagi, tak boleh langsung nak buka internet or any word document. Asyik pop up paksa beli anti virus window. Aku panik (panik sangatlah kan!). So Aliaa sepatutnya bawa ke kedai kawan dia di city tapi nasib baik semalam, si Widad to the rescue (tak sia-sia dia ambil IT di sini), so dia cleankan semua virus tu secara offline. Wah, pandai budak ni. Boleh bagi dua pound nanti! Ahhhhh, tak nak bagi dia duit dua pound tu, in fact dia kena bagi aku banyak pound sebab dialah kami di sini sedang kering kontang idea walaupun cuaca sangatlah sejuk di sini. Sebab tunggu dia habis examlah baru nak balik Malaysia. Sebab dia nak ambil GCSElah, kami ke sini! hehehhehe sila mengungkit! Kalau dia tak dapat 8A* memang dalam mimpilah aku nak hantar dia ke Korea! So Widad, makan kuaci sudah!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***