January 2, 2011

Jalan Kaki Sekejap




Hari ni rasa macam lemas seketika. Mungkin dari beberapa perkara yang aku baru dapat tahu dan sepatutnya aku tak perlu tahu namun aku telah tahu jua, aku menerima perkara tersebut dengan hati yang berat dan agak letih. Faham tak rasanya? Tak kot! Anyways, aku ajak Widad dan Alim keluar seketika. Berjalan ke ALDI yang cuma 500 langkah dari rumah aku ni sambil membeli baby potatoes untuk masak esok. Sambil berjalan si Alim tak henti-henti mengomel diikuti dengan Widad yang lagak macam bagus sebab pakai jaket yang tak tebal sedangkan cuaca di luar agak sejuk. Budak ni nak kena selesema nanti tu! So lepas jalan, lega sedikit walaupun tiada beza apa pun dalam perkara yang diketahui. Tetapi udara di luar agak nyaman berbanding dengan udara yang sama di dalam rumah ini dan keadaan yang sama. 



Apa yang aku tulis ni?
 




Radford Grove Lane, Nottingham yang menikmati hari Ahad dengan tenang! Tenang ke?

***