Kan semalam aku bagi tahu yang seorang lagi student aku akan viva PhD hari ni! Well, bahananya, malam tadi aku tak boleh lelapkan mata. Haishhh, memang leceh jadi lecturer ni. Tambah bila ada ramai student yang kena viva. So sampai pukul 3 pagi baru nak terlelap. Aku kena bangun sangat awal sebab nak pastikan Si Widad dan Alim sarapan sebelum ke sekolah. So anyways, aku onkan laptop tapi tak ada mood nak buat kerja pun. Sebab risaukan keputusan viva dia. Aku dah cakap kat dia, mesti email aku sebaik lepas viva tu. Well, dah 5 jam aku tunggu, baru seminit lepas dia email. Dia lulus dengan cuma minor correction. Itupun cuma typo dan format sahaja. Woot woot! Aku memang suka sambil melompat-lompat (dalam hati ok sebab tak larat nak lompat betul!). Syukur Alhamdullillah! Akhirnya berjaya pelajar ni bergelar doktor! Lega aku weh! Lepas ni aku boleh pergi shopping sebab nak bagi aku ganjaran yang terbesar. Kuangkuang! Apa hal pulak aku yang kena shopping ni! So, aku dah pesan pada student tu, silalah buat pembetulan tu cepat (since pihak examiner bagi masa dua minggu je untuk buat pembetulan tu!) dan lepas tu aku cakap, silalah tempah baju untuk convo tahun ni.
Yahhhhhhhh, aku gembira. Aku bersyukur! Aku suka! Aku nak tempah baju baru aku untuk convo tu jugak!
Tahniah tu you my student, Dr ************! (bukan nama sebenar!)
Radford Grove Lane, Nottingham yang rasa bangga hari ni!
****