December 31, 2010

Aku Pun Cuti Juga!



Ramai yang tertanya-tanya tentang pekerjaan aku di sini. Ye, di sini. Di UK ni! Well, perlu ke nak jawab? Well, jawablah. Aku ni cuti sebatikal. Cuti setahun. Cuti tu untuk membuat satu research project dengan Professor Barrie Gunter di University of Leicester. Aku adalah staf University of Leicester. Aku lecturer di University of Leicester. Aku di beri satu pejabat yang sangat besar dengan segala kelengkapan pejabat. Termasuk kerusi untuk student duduk jika mereka nak jumpa aku. Waktu pejabat tidaklah 8 hingga 5 petang. Tapi boleh datang bila-bila masa. Asalkan tak menyusahkan orang. Aku buat satu video clip. Lagu sendiri. Video sendiri. A very simple dimple video clip. So buat masa ini, cuti christmas lama sikit. Lagi pun student kat University of Leicester tu cuti dua minggu sempena christmas dan tahun baru. So aku pun, panjangkan langkah aku untuk berjalan sambil mengambil gambar dan posing hingga pengsan. Tapi bila gambar aku kelihatan tersangatlah tua, aku kena terus delete. Malas nak buat photoshop. Buang je! So harap kita semua faham akan pekerjaan aku di sini, di sana, di mana-mana termasuk kerja aku mengukur tempat shopping yang murah dan kasut boot yang sangat cantik sempena winter ni.

Lupa nak bagi tau. Aku juga staf di University of Limerick, Ireland. Macamana boleh staf untuk dua universiti? Jawapannya, ikut suka akulah! hehehhehe. Bukan apa, lain tempat lain caranya. So aku cari pengalaman bekerja di dua negara yang berlainan. Di University of Limerick, aku diberi pejabat juga tapi sangatlah tak best! Aku bekerja dengan Dr Hussain Mahdi. School of Electronic and Computer Engineering. 


Sekian dari aku yang jadi staf untuk dua universiti di dua buah negara!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***