January 18, 2011

Duit Aku Hilang 13k!



Pagi sebelum subuh lagi si Aiman (anak aku nombor dua) miscall aku. Lepas miscall dia text. 'Ada cek untuk mama RM13k dan on the way bank in kan!'. Agak terjojol jugak bijik mata aku sekejap walaupun dalam pisat-pisat baru bangun tidur. Dalam hati aku which yang tak boleh nak tidur lagi lepas tu, 'Duit apakah yang aku dapat ni?', 'Adakah aku claim duit tu sebelum ni?', 'Adakah gaji aku naik hingga 13k bulan januari ni?' dan pelbagai persoalan timbul namun dalam hati aku, 'Bolehlah aku beli ticket untuk ke Turkey, Portugal dan Sweden!', 'Bolehlah aku bagi anak-anak duit sikit', 'Bolehlah aku nak belikan cucu aku gaun dari Zara tu nanti'. (Macamlah tak boleh beli kalau tak ada duit tu kan!). So masih lagi persoalan, aku terus bangun tidur dan uruskan Alim nak ke sekolah walaupun dalam hati aku, 'Mungkin berkat doa aku selama ini! Dapat duit terpijak!'. 

Setelah urusan anak aku selesai aku berurus dengan Aiman di fb. Aku suruh dia call bendahari dan tanya. Sebab aku tak mahu guna duit tu, dah lepas tu kena bayar balik. Tak mahu aku. Actually baru dua bulan sudah aku terima amount yang sama jugak tapi terus dalam akaun aku. Aku ingatkan bendahari salah masuk tapi lepas tu baru aku tahu yang gaji aku naik  lagi (tak pasal2 bagi aku or mungkin kerana khidmat cemerlang tahun sebelum tu? atau PTK5 punya gaji?) dan  dibayar tunggakan sebanyak 13k. hehhehehhe. Memang dah sekian pun duit tu. Aku sudah membelanja sakan duit itu di sini (tukar duit jadi dua ribu lebih pound streling je pun). So I was hoping, mungkin naik lagi kot! Entah kategori untuk apa, aku tak boleh nak justify until, bendahari maklumkan tadi juga,

'Maaf, cek sudah dibatalkan. Kesilapan di pihak kami.'


What? Silap? Apa yang silap? Macamana boleh silap? Kenapa kesilapan tu kena pada aku? Arghhhhh! (sila tukar suara meninggi sikit bila baca ni). Aku baru nak berangan which yang berangan dah pun, and now the cek yang Aiman sudah masukkan adalah cek tendang or cek kosong or even bak kata Aiman, 'Aiman masukkan kertas kosong je tadi, Ma!'. Ceh. Memang dua puluh kali ceh! Boleh silap pehal. Baru nak melompat kegembiraan (not melompat again!), kemewahan selama dua jam dan diakui sementara ditarik balik. 


Hahhahahha. Aku nak gelak pun ada. Memang awal gila aku bangun pagi ni. Sangat awal sebab excited punya pasal. Tak apa, aku sambung doa aku lagi nanti! Moga diberi rezeki lagi nanti. Insyaallah. Lagi pun, bulan Januari ni aku memang naik gaji.

 


Radford Grove Lane, Nottingham yang dapat merasa 13k seketika cuma!

***