Aku sangatlah terkejut hari ini kerana aku berjaya keluar dari rumah. Alahai, bukan jauh sangat pun aku pergi. Pergi beli ikan (kerana Lurpak selalu masak ikan so macam terhengen!), ASDA, Oriental store di city, beli phone kad dan beli ayam di kedai bernama Bismillah. Balik rumah, sambung kerja. Tak sampai dua jam aku keluar rupanya! Walaupun matahari di luar bukan main memancar lagi, tetapi cuaca tetap 2 darjah. Hari ini, kami akan makan nasi putih berlaukan pelbagai for lunch and dinner kami akan makan drama online! Dalam fikiran, sudah tidak sabar untuk berada di negara lain minggu depan. Ingin mencuba makan makanan negara orang pula! Untuk Mohd Khairul Faezy, harap teruskan mencari kawan yang bukan dalam kalangan yang jugdemental! Tak gitu! Saya sudah jumpa ramai yang sedemikian lantas saya abaikan mereka itu kerana mereka di dalam dunia yang palsu (wah, ayat!). As for Sya, my good friend, am always here for you! Nanti nak ikut sya jalan-jalan di Pakistan! Pakistan ke?
Radford Grove Lane, Nottingham.
***