January 9, 2011

Kawan Widad Bunuh Diri!


Masa di Malaysia, Widad dan Alim belajar TaeKwanDo. So ada sorang budak lelaki ni sebaya dengan dia (budak India berumur 16 tahun). Budak ni black belt dan Widad masih lagi red belt kot. Seingat aku, aku juga pernah nampak budak ni dulu since latihan TaeKwanDo dibuat di Vista (dewan di rumah aku tu!). Memang nampak tough (tapi tak gemuk) dan lagi pun dia ni dah black belt so sure selalu berlatih and whatnot. Anyway, dua minggu lepas Widad terima berita dari adik budak black belt ni yang abang dia (the black belt) dah mati. Bukan sakit jantung atau accident kereta. Tapi since dia ni on a diet (budak umur 16 nak diet sangat kenapa ek!), dia sudah tidak makan beberapa hari. Takut akan sindirian dari keluarga dan kawan-kawan, dia rela tidak makan banyak. Mind you, dia tidak gemuk langsung. Tembam pun tak! So since dia tak makan berhari-hari dan cuma sedikit makanan dijamah, dia pun kelihatan lemah dan tak bermaya. Dia terasa nak pitam (mengikut cerita adik dia!) dan terjatuh di dalam bilik air. Kepala terhempas ke lantai dan dihantar ke hospital tapi tak sempat nak diselamatkan. Dia mati. Budak lelaki remaja yang obses dengan diet mati kerana diet. Hmmmm, aku  pula anggap dia mati bunuh diri sebab dia paksa diri untuk diet dan of course inilah jalan terbaik ke arah mati. Diet anyone? Jangan paksa diri untuk diet. Kalau nak diet pun, buat secara moderate sahaja! Ada faham ka!!!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***