January 13, 2011

Hari Ini Juga




Sejak pindah masuk rumah ni, belum pernah lagi aku buka tingkap bilik aku tu. Sebelum ni, cuaca sejuk sangat so memang tak perlu. Alamat bercendawanlah rumah si Neil ni nanti! Well, hari ini, berita baik, cuaca cantik sedikit (11 darjah), so aku pun bukalah kedua-dua tingkap seluas-luasnya supaya masuk fresh air. All this while fresh air dari dapur atau pintu depan atau bilik air je. So, not really that fresh. So today, wahhhh, fresh hingga pening sekejap! Bising betul bunyi di luar tu rupanya. Aku ingat tinggal berhadapan dengan kubur mat salleh dan bukan ada orang lalu lalang pun, mestilah sunyi sepi. So, siapalah punya angkara buat bising ni.? Jom kita tengok perkara yang sebenarnya. Bukan waktu malam ok, sebab aku memang takut banyak sebab mana tau yang aku jumpa tu hantu dari Malaysia (mana datang pulak??), tapi kalau rupa Horatio, (berkaca mata hitam sambil berdiri senget) aku nak keluar tengok juga! hahahha. Hantu mat salleh tak takut sangat berbanding dengan hantu Malaysia yang dalam drama pun banyak hantu. Kata orang, di shopping complex di Malaysia pun banyak hantu. Hopefully, am not one of them!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***