Aku tipu sebenarnya, John! Aku tak sempat nak edit paper aku tu. Dah siap dua hari lepas tapi hingga kini tak sempat nak edit bagi cantik lagi. Tak sempat sebab sibut nak habiskan Glee. Sekarang Glee dah habis tapi aku masih mengadap laptop ni lagi tapi bukan buat kerja, John! Aku nak buat latihan untuk Statistik yang akan aku ajar semester depan. Aku memang tengah rajin ni, malah terlebih rajin. Bukan apa, kenalah bagi aktif sikit pemikiran aku ni supaya kerja aku berkualiti. Tapi semua di atas adalah dusta dan memangnya dusta. Aku tak buat apa pun hari ni. Bagilah aku peluang untuk insafkan diri hari ini. Hari nikan malam Jumaat! So aku yang sentiasa teringatkan mak dan abah aku tu, lebih syahdu bila tiba malam jumaat ini. Yasin.
Radford Grove Lane, Nottingham.
***