June 30, 2013

Student Aku Bawa Dari Korea Jadi Pelakon Drama

.
.
.
.

Gambar? Nanti aku cari sebab banyak kat Instagram tapi aku tak tahu nak copy macamana. Ingat juga dia kata aku tu ek! Biasanya dia akan teks aku ajak lunch tapi aku busy je memanjang. Tunggulah dia famous dulu.


Eh, ni dia instagram. Cer try klik.


http://instagram.com/tontonmy


Ni article dalam suratkhabar di Malaysia. Kalau kau tak famous, ku dekuk2 kang.



http://www.hmetro.com.my/articles/CAK_KimJinSungbolehbertuturbahasaMelayu/MA/Article






***

Awal Pagi Yang Supposedly Hening

.
.
.

Pagi Ahad. Aku bangun awal. Muhammad pun bangun awal. Erk. Muhammad bangun awal? Dia tak boleh tidur. Dia kata dia lapar. Aku cakap, makanan penuh fridge. Dia minum vitagen. What? Vitagen? Boleh hilang lapar ke? Aku kata, lantak! 



Hari ni kami nak main bowling. Tak. Bukan aku yang main bowling. Kanaks main bowling. Aku nak makan di subway. Teringin. Hek eleh. Teringin haper kalau tiap minggu makan kat subway. Sandwich kot, John! Best gilos terutama kalau letak meat balls and isi ketam. Terus rasa America. Ahhh, tak nak jadi Amarika sebab ada Godzilla. 




Aku nak masak rini. Minggu depan aku busy. Ada bengkels dan macam2 lagi.





Kenapa orang lain tak bangun lagi ni?






Oiiii bangun.





***

June 29, 2013

Kerja Mak Cik Tipah Pada Hari Sabtu Yakni Jual Tudung

.
.
.


Biasanya tak ada orang akan update blog pada hujung minggu. Maklumlah, hujung minggu dihabiskan dengan perkara yang lebih berfaedah dari ini. Arghhh, maknanya blog tak berfaedah ke? Apakah.


Hari ni seperti biasa, akan hantar kanaks ke kelas Korea di Sunway. Lepas tu terasa nak makan ikan bakar. Kenalah cari restorante yang sedap dari Seoul Garden. Yup, aku tak mimpi Seoul Garden malam tadi. Nasib baik. Phew. 


Hari ni juga kena beli groceries. Sebab banyak barang dah habis walaupun ayam mentah penuh freezer lagi. Ya, aku sangat malas bab masak ni. Tapikan, Malaysia sorga fast food dan kedai makan yang sedap2. Tak masak pun tak apa sebab still domot (tembam).


Lega dah siap reviewkan dua article dari dua international journal. Hari ni  pulak, aku kena habiskan translate document dari Muzium. Ya, aku kerja muzium pulak. Itu belum lagi nak translate tentang pengawaten mummy. Terus tak tidur malam aku lepas tu. Kalau sebijik Jasper, aku rela translate semua mummy.






Dah.



***

June 28, 2013

Kanaks Belajar Bahasa Korea Tapi Makan Sambal Belacan Gak

.
.
.


Akhirnya Widad dan Alim berjaya menghabiskan kelas level 1. Ya, mereka hadir kelas Korea ye, hencik. Dah 14 minggu belajar, aku tengok dia orang ni boleh baca tapi tak paham makna yang disebut. So aku pun ambil keputusan, silalah ambil level 2 pulak. Aku tak kisah tentang belajar Korea tu. Yang tak tahan ialah, kelas tu di Sunway Pyramid. Jauh giler kot. Kelas pagi sabtu. Kalau tak pandai gak, kita tak boleh pergi ke Korea untuk beli make-up. Eh.



Alim nak belajar di Korea, katanya. Aku kata, silalah belajar di Jepun. Aku rela hantar dia belajar di Osaka. Kenapa ek? Sebab Osaka kurang gempa kot. Or, aku hantar Alim belajar ke UK. Kampung Nottingham tu. Kampung yang aku ambil nama jadi nama aku. Nottingham. Notts. Heh.




Dah.





***

Seoul Garden Yang Entah Apa, Lebih Baik Makan Roti Canai

.
.
.



Hari ni, aku dan Along lunch di Seoul Garden di IOI Mall. Langsung fail. Memang tak sedap. Not my taste. Agaknya sebab aku dah selalu makan makanan Korea di Korea ritu, maka di Seoul Garden satu sen pun tak rasa Korea. Ada rasa macam masakan Vietnam je. Tutup kedai jelah. Dahlah semua pekerja ialah orang Thailand. Cit. Terus pancit.



Aku nak try gi Gangnam Station kat Shah Alam pulak. Di Seksyen 13. Nampak gambar ok. 





Dah. Aku kena mimpi ngeri Seoul Garden malam kang.






***

June 27, 2013

J4

.
.
.



Tiap hari aku memang berdisiplin in terms of brisk walk atas treadmill for 1 kilometer. Terror aku ek! Kalau tak jalan sehari, dah sure kaki aku sakit. Maka aku gagahkan selama 13 minit tiap hari untuk jalan walaupun mengah tak tentu arah.





Dalam hati: Tak gak kurus. Cih.





***

Kau Ambil Makanan Aku!

.
.
.

Pernah tak, kau sanggup pergi ke meja makan orang yang baru beredar dari restoran, sambil menggunakan sudu restoran, kau ambil lebihan nasi yang tertinggal di atas pinggan dan memasukkan ke dalam bekas yang dibawa (bekas cole slaw KFC yang besar tapi sudah kosong dan dibersihkan). Justeru mengambil saki baki ayam sisa makanan orang itu. Memegang gelas air berwarna merah di meja itu sambil berfikir di manakah harus dimasukkan air ini. Sejurus terfikir yang tiada bekas, lalu diletakkan semula gelas air berwarna merah ke atas meja. 


Ada orang di meja sebelah terkejut dengan tindakan itu lalu mengintai mengapakah tindakan demikian dilakukan. Setelah selesai, kau beredar sambil memandang2 di sekeliling berkemungkinan berfikir ke mana arah hendak di tuju. Dengan berbekalkan seluar pendek dan selipar jepun usang, kau beredar berlalu pergi dengan harapan tiada orang melihat gelagat kau.


Orang yang di meja sebelah tadi terkedu dan hampir menitiskan air mata lantas melihat gelagat kau, sambil mengomel sendirian mengatakan kau bukan rupa orang Malaysia pun. Wajah seperti Cina tetapi bentuk dan rupa bukan orang Cina Malaysia atau orang Melayu Malaysia.


Baiklah. Aku yang 'orang di meja sebelah itu' bersama dengan Along.

Kau itu ialah seorang lelaki berseluar pendek hingga ke lutut. Memakai baju tshirt usang serta selipar jepun yang usang juga. Dia datang  membawa satu beg plastik yang mengandungi bekas kosong dari KFC (nampak seperti sudah basuh berkali2 kerana warna logo di luar bekas sudah pudar). 


Aku: Tentu lepas ni dia pergi ke bawah jambatan untuk berikan makanan tu pada anak dia.

Along: Entah2, dia tak pernah dapat makanan gitu. Tapi taklah sampai meminta sedekah.

Aku: Tak salah pun perbuatan dia tu. Mungkin dia tahu dia tak mampu dan anak di rumah inginkan makanan yang mahal serupa itu.

Along: Menung.

Aku: Jom balik.









***



June 26, 2013

Abang Long Mana Pulak Ni

.
.
.


Ingat nak belikan satu kereta Persona baharu untuk Muhammad. Tapi ada sceptical sikit pasal budak ni kalau beli kereta jenis apapun, cuma bertahan sebulan dua. Sebab lepas tu, kereta tu dah jadi warna lain, tingkap dah  gelap gulita. Rim dah bertukar jadi merah dan seat kereta dah tukar jadi merah sedangkan kereta tu warna lain. Ikut suka dia je. Bukan tu je, dia akan pastikan enjin kereta berdentum. Aku tak paham motip dia buat gitu. 



Tapi dia tetap kata.




Dia Abang Long (habis tu Along nak buang mana?)







* Along = Siti Nur Aliaa Roslan aka anak aku yang sulung
Muhammad = Memang nak kena lekuk dengan Along





***



June 25, 2013

Haruskah Kau Ku Tarbiah

.
.
.

Anak aku si Nur Maisarah Roslan baru dapat surat offer untuk sambung masters bulan 9 ni. Syukur Alhamdullilah. Dalam hati melonjak sambil berkata, Wehooo! Gumbira aku ni. Insyaallah, berkat usaha dia, dia akan berjaya. Maka aku pun nak tarbiah kejap. Tarbiah? Well, perkataan tarbiah mengingatkan aku pada satu tajuk tesis yang dicadangkan oleh student kat aku. Terus aku rasa macam ustazah hingga kini.




***

June 19, 2013

Muhammad, Kawan Dia dan Santau

.
.
.

Muhammad cerita. Masa test 2 di kolej dia ritu, kawan dia dapat markah rendah. Maka, Muhammad temankan kawan dia untuk berjumpa dengan lecturer. Lecturer tu pulak memang silaplah sebab mainkan bebudak lurus bendul ni. Gulp. 



Kawan Muhammad tanya lecturer. Kenapa dia tidak dibenarkan buat semula test 2 sedangkan dia dah pergi jumpa lecturer tu dan lecturer tu pun dah janji nak buat test tu. Lecturer tu pulak dengan suara perli, mengatakan markah dah pun dihantar ke UPM. Ya, Muhammad dan kawan2 dia ni pelajar UPM ye kengkawan. Jangan kau tak percaya. Dia dan kawan dia ni ambil Computer Science. Diploma. Kena buat di kolej swasta sebab kalau nak buat di UPM campus kena pergi ke Bintulu. 


So, berbalik pada cerita tu. Kawan Muhammad ni marahlah. Dia bangun dan tendang kerusi. Dia marah sebab janji diberi peluang buat test tapi lecturer mungkir. Janji tak kota tu. Eh, macam pernah dengar je ayat ni. Ok, lepas dah tendang kerusi, lecturer tu takut. Mesti dia fikir, dia sure mati katak dihempap kerusi. Taklah, kawan Muhammad tak buat gitu malah dia terlampau geram, dia terus keluarkan fon dan ambil gambar lecturer tu yang tengah terkejut.




Lecturer: Awak ambil gambar saya nak buat apa?

Kawan Muhammad: Saya nak santau, Miss.

Lecturer: (menggelupur ketangkutan (ketakutan)).





Mereka pun beredar.


Sampai di kedai kopi, Muhammad dan kawan yang lain pun bertanya kawan Muhammad yang ambil gambar tu.



Muhammad: Kau nak santau Miss tu ke?

Kawan Muhammad: Mana aku tau hal santau menyantau ni. Aku tengah marah dan itu je yang aku boleh buat.

Muhammad: Kau tahu ke mana nak pergi kalau menyantau ni?

Kawan Muhammad: Aku pun tak tahu. Kau tahu mana tempatnya ke? Jom kita pergi.

Muhammad: Oi, aku sendiri pun tak tahu apa ke benda santau tu.




Kawan Muhammad termenung kejap. Santau tak menjadi. Dia akan fikir strategi lain kalau dia fail paper ni.



Toreh tayar kereta?
Cabut tayar kereta dan jual?
Lukis bunga atas kereta?


Semua ni bermain di kepala kawan Muhammad tu kini. Kemungkinan tu ada. Sementara itu, jauh kelihatan lecturer tu sedang membeli-belah sambil ketawa di Giant.





***

Nomic

.
.
.


Aku ni janji je nak tulis paper tapi hingga kini masih tak kesampaian. Entah apa yang aku tunggu tapi sebagai alasan, tangan dan bahu aku sakit sebab ergonomic tak betul sebab bekerja di tempat dan kedudukan yang salah. Aku letak laptop atas meja makan kot.


Apakah itu ergonomic?

ni yang aku tak ada. namapun menaip di dining table.




Bila pulak aku guna PC kat rumah. Aku guna Macbookpero hokey. Sila eja, p-e-r-o. Ceh, takabur kau ye, DrNotts. Dahlah tak reti nak guna Mac tu, pandai je nak bermegah. Hilang pahala kau! Jap, nak tukar gambar.


nilah lebih baik walaupun aku tak guna pun flat screen di rumah. 


Alasan seterusnya untuk tidak menulis paper lagi buat masa ini, ialah, makanan banyak dalam fridge maka makan lebih utama dari buat kerja. huahuahua. Mana nak turun 2kg kelmarin tu.



So now, bahu dan lengan aku sakit. Sebab salahkan laptop dalam kedudukan yang tidak baik. Duduk pun tak semenggah. Itu yang sakit je memanjang. Kalau kat Korea ada befren si DrHanseul. Bolehlah dia ubatkan.


Rindu Hanseul.





Dah.




gambar google.


***





Kalut

.
.
.


Sebelum ramadan ni, semua orang terkejar-kejar. Entah apalah nak dikejarkan hingga aku sendiri pun tak faham kekalutan ni. Berleter apa kau ni, Dr Notts? 


Well, lepas habis final exam student ni, memang banyak kursus, bengkel dan segala hal yang nak dioffer sebelum ramadan. Aku pun turut kalut dengan hadir semua bengkel dan kursus ni. hahah Kenalah sokong kekalutan nikan. Kata mesti hadir 7 hari kursus dalam setahun. Maka aku pun hadirlah mana patut.




Motif?



***

June 18, 2013

Muhammad dan Widad

.
.
.


Salah satu keburukan bawak anak ikut kita keluar negara dan belajar di sekolah di luar negara ialah anak kita tak pandai bahasa Melayu. Eh silap. Anak aku je. Anak aku je yang tak pandai bahasa Melayu. Muhammad dan Widad yang menjadi guinea pig untuk experiment ni. Yakni, dia orang tak boleh faham bahasa Melayu ni. Kononnya pandai omputih, tapi tak pandai mana pun. Yang jelas, bahasa Melayu terlungkup. 



Baru2 ni, Muhammad ambil Julai paper for bahasa Malaysia. Ya, entah kali ke berapa dia ambil paper ni. 



Bila ditanya pasal exam baru2 ni. Dia cuma jawab ada satu soalan tentang peribahasa atau perumpamaan. Dia tak tahu nak jawab tapi dia tulis juga jawapannya. 




'Bagaikan jalan tepi divider'.





***

2 Kilo

.
.
.
Semalam timbang. Naik 2 kilo. Cis. Dalam dua hari naik 2 kilo. Pagi ni dah turun 600gm. So pagi tadi aku skip breakfast. Entah saper punya formula untuk skip breakfast for kurus. But it worked. Aku makan lunch. Heavy you all. Aku cuma naik 200gm je. But still lagi 2 kilo kena turun. No more food till tomorrow peeps!




Lapar menggeletar ni.


***
.
.
.


Abang aku yang tua setahun dari aku akan kawinkan anak dia lepas raya ni nanti. Anak dia berumur 21 tahun. Dia akan dapat menantu dari Kelantan. Anak dia ni belajar di universiti di Kelantan dan jatuh cinta dengan Kelantan.  Dah habis belajar dah pun. Oii, saper tak jatuh cinta dengan Kelantan kan. Makan best kot! Pastu orang Kelantan comel dan handsome belaka. Phewitt.


So, aku dan Along akan ke Kelantan untuk rombongan dari pihak abang aku. Abang aku dan Kakak ipar aku sponsor untuk lebih kurang 30 orang punya flight ke Kelantan. Mak ai. Memang satu kapalterbang kami je dalam tu. Rombongan Cik Kiah tu.


Ini pertama kali abang aku akan terima menantu. Ada lagi 5 orang yang belum kawin tu. Aku? Aku ada 4 orang belum kawin. Aku dah cakap kat anak2 aku yang belum kawin. Kalau nak kawin, kita plan yang paling sederhana. Buat di UPM jekan!



***
.
.
.
Kononnya nak try pergi ke hospital kerajaan. Tak ada makna nak konon pun. Actually kena bawak Alim ke hospital sebab kena isi borang dia nak masuk kadet polis. Kadet polis sekolah je pun. Borang tu mesti di endorse oleh doktor hospital kerajaan. 


Maka aku pun bawaklah dia. Masa nilah rasa macam kita semua sama je. Tak kiralah kita ni pangkat apa pun, kita tetap dilayan macam orang lain. Ada nurse yang senyum dan banyak yang tak senyum. Penat agaknya sebab tulah dia senyum dalam hati. Doktor pula ok. Muda belia tapi aku respect dia as a doktor dan mulut aku ni tak lepas2 dari sebut perkataan doktor. Yalah, penat dia belajar tinggikan. 


Apa motif citer ni ek? 





***



June 14, 2013

.
.
.


Jom dhuha.





***

June 13, 2013

.
.
.
Kelmarin aku mimpi mak. Tapi dalam mimpi tu, mak macam tak cakap dengan aku. Malah mak buat hal lain. Aku tak tahu kenapa. Aku kesal sebab patutnya aku cakap je dengan mak masa tu. Ni aku tengah tunggu. Kotlah dapat mimpi mak lagi. Kali ni, aku memang akan bercakap dengan mak. Tak kiralah mak pandang tempat lain atau buat kerja lain. Aku tetap akan cakap dengan mak. 



Rindu.



***

Ariani

.
.
.
Ariani oh ariani.


Actually dah beberapa kali aku singgah di Ariani. Tapi masih tak kesampaian tanganku mencapai tudung untuk dibeli. Mahal kot! Kalau ikut harga Korean won, sehelai jatuh 100,000 won. Memang kedu kejap kalau nak beli tudung ariani ni.


Tapi bulan lepas aku terjerat. Hebat sampai terjerat ye. Aku beli 5 helai tudung ariani. 5 ke 6? Kena cari balik mana aku letak ni. 


Just plain color je pun. Aku ni susah nak pakai bunga2. Maklumkan dah kategori nenek. Kenalah sedar diri. Maka ambillah segala color yang menampakan ketuaan aku. Taklah mahal mana. Seratus lebih je pun untuk sehelai. Dapat lak platinum card so dapatlah diskaun 30%. Lagi murahlah gamaknya sehelai tudung tu. Nanti kena beli lagi ni. 



Maka.



Aku nak jadi model ganti Wardina.




***

4

.
.
.
Agak lama aku tak ada baju kerja yang baharu. Bukan aku complain tapi aku rasa macam pakai baju sama je tiap hari. Actually aku kemas almari baju aku ritu. Maklumlah dah berhabuk dan baju yang aku tempah sejak 2005 pun ada lagi. Jadi aku rasa about time untuk ganti the whole wardrobe. 


Call T. Door to door tailor. Suruh dia bawak sampel kain. Aku pun bagi design yang aku nak. Blouse je pun. Mak ai, 1500 kot untuk 5 helai. Kau letak berlian tipu ke kat blouse tu. Mahal giler. Jatuh, 300 ringgit untuk satu blouse yang plain. Tak apa. Tak apa. Aku nak pujuk hati ni konon. Tempah je. Setan dalam badan pun berkata, 'tempahlah lagi kat T tu'. Tapi aku berjaya tepis setan tu. kehkeh. Tapi setan lain yang suruh bayar 1500 ringgit. Cis.


Selang dua minggu kemudian. Ada orang recommend satu kedai di KL. Yakni di Semua House. Katanya blouse kerja lawa gilos. Aku dalam dilemma. Dilemmalah sangatkan! Maklumlah dah lebih 15 tahun tak ke Semua House tu. So aku ajak kanak 4, 5 dan 6 ikut aku. Ya, si Muhammad, Widad dan Alim ikut. Syarat, tak boleh complain bila beli baju aku.


Yahooo.


Aku dapat 22 blouse dari situ. Teka berapa ringgit? RM2500 je pun. Cer bahagi dengan 22 blouse tu. Taklah sampai rege si T tu. So aku pun jadi model untuk menerai dan Muhammad dan Widad dan Alim yang kena angguk setuju atau tak. Tapi kanak2 tu bukan tolong mana pun, dia orang akan kata cantik dari mula sampai akhir walaupun baju tu menggelebeh. Cis.


Kami pun ambek gambar kat Masjid India. Macam tak pernah jumpa KL ye kengkawan. Ambek gambar sambil posing di Masjid India lagi! Tetiba nampak orang Dewan Bandaraya. Ingat nak posing dengan orang Dewan Bandaraya yang tengah nak tangkap peniaga tak ada lesen. Tapi apakan daya, orang Dewan Bandaraya tengah tangkap orang jual belon tak ada lesen tapi orang jual belon sempat lari. Sebaliknya orang dewan masukkan belon dalam lori  tu. Apakah??



Dah. Gambar tak ada. Sadis ni.



***

3

.
.
.
Kononnya concious pasal kesihatan. Maka aku belilah penimbang digital. Tapi bila dah beli penimbang ni, asyiklah nak timbang. Tiap kali makan, terus timbang. Konon guilty. Kau hengat kalau timbang lepas makan cornetto tu, boleh kuruslah. Memang taklah. Mimpi ngeri pun takkan kurus.


Tapi.


Sejak balik Korea ni, ramai yang tegur aku kurus. Terus bangga 25 hari. Masa tu gak tak nak makan benda2 mengarut. Tipu. Lepas kena puji terus nak pergi Nandos kan! Eh, aku singgah sekali je kot kat Nandos sejak balik ni. Itu pun dengan anak2 aku. Itu pun cuma makan dua chicken leg dan fries yang tinggi menggunung. kehkeh. Banyak kot aku makan.


Tapi.


Lepas tiga bulan balik ni, ada gak yang jumpa aku dan cakap aku kurus. Terus aku termenung. Kali ni bukan puji aku dah ni. Maka aku flash back kejap. Agaknya sebelum ni aku gemuk aka domot kot. Domot banyak lah tu hingga orang perasan aku dah kurus which yang aku rasa taklah kurus benar. Masih lagi tak macam model sambilan kat KL tu. 


Maka.



Aku terus insap. Aku beli treadmill. Kena exersaizz. Bukan pasal nak kurus sangat. Tipu. Memang nak kurus lagi tapi hajat tak sampai. Tapi sejak balik ni, kaki dan pinggang aku selalu sakit. Dah tua kedut kau, DrNotts. Sedarlah diri tu. Bayangkan masa kat Korea, aku tak ada masalah sakit sana sini. Tapi kat Malaya ni, asyiklah nak lenguh sana sini cam mak dan nenek kita zaman dulu. Ok, aku dah memang seorang nenek. So aku pun disiplinkan diri ini.



Jangan lah percaya tentang disiplin diri aku tu. Tiap hari aku pandang treadmill. Tiap hari treadmill pandang aku. Maka kami berpandangan. Jatuh cinta belum lagi.

buah hati aku yang setia, si treadmill. gambar google.






Dah.


***


MacBook Pro

.
.
.

Baiklah. Aku akan mula tulis blog setiap hari. Ramai orang dah tanya mana cerita karut aku. Aku pun lupa yang aku ada blog. Memang bukan alasan yang bagus. Maka jom kita baca sampai muntah yarr.


Kisah sepanjang senyap diri.


Kononnya nak upgrade diri. Maka aku beli MacBook Pro. Itu pun nasib baik Along paksa aku beli. Beli masa dua minggu balik dari Korea. Ikutkan aku, apa je brand laptop, aku boleh guna. Tak kiralah berat batu bata ke. Aku harung je. Banyak jasa laptop aku sebelum ni. 


So pendekkan cerita. Macbookpro ni sangatlah bagus in terms of tak ada virus langsung. Tak perlu nak anti virus bagai. Lantaklah kau di situ. Tak perlu nak offkan atau shut down. Boleh terus tutup laptop gitu je. Macam dalam citer omputih bila marah terus tutup laptop tu. Maka setiap hari aku tutup lap top gitu. Saja nak rasa Amarika. Or saja nak rasa marah selalu. Erk.


Tapi. Yang sangat tak membantu pasal Macbookpro ni, tak boleh nak simpan gambar banyak. Macam penuh je laptop ni. Cis. Orang lain pandai je nak simpan gambar banyak. Aku tak retilah pulak. Nama je ajar multimedia. Tapi laptop sendiri tak tahu mana nak simpan gambar yang berjuta keping ni. Gambar Korea je dah setengah juta. Tiap kali aku nak save, terus kena reject sebab tak muat. Apa kelas kau Apple!!!



Dah.



***