January 11, 2011

Malas Punya Pasal



Sebelum ni bila cuaca 4 darjah terasa sejuk bukan main (sebab sebelum sebelum tu lagi, cuaca biasanya 11 darjah so 4 darjah kira sejuk). Sampai selema pun terkeluar kalau jalan-jalan di city. Euwww! Hari ni bila cuaca 4 darjah, macam eksen boleh keluar ke backyard tak yah pakai jaket. Rasa macam panas pulak. Sebab sebelum 4 darjah ni, dah berminggu-minggu suhu negatif 4 atau negatif 8. So 4 darjah macam very hot, you know!



Balik Malaysialah wahai perempuan!






Radford Grove Lane, Nottingham yang memang nak balik Malaysia sangat-sangat ni sebab tak larat kena masak hari-hari!


***