January 14, 2011

Niat Aku Baik Sebenarnya!


Sejak tinggal di Notts ni, aku punya banyak masa untuk buat reflection. Aku punya banyak masa untuk muhasabah diri (macam tak boleh blah!). Aku juga banyak masa untuk anak-anak aku (memang banyak sangat!). Aku siap paksa anak-anak di Malaysia untuk tinggalkan mesej dalam inbox facebook setiap hari, kalau tidak kena cepuk. Aku nak tahu apa mereka buat. Even dengan anak-anak yang depan mata ni pun aku buat yang sama. Oleh itu, aku punya banyak masa untuk berangan. Aku suka berangan dari kecil lagi. Entah apa faedahnya tah, tapi aku tahu 70% dari angan-angan aku tu menjadi kenyataan. Termasuk aku berangan nak pakai seluar jeans pergi kerja. Nah, hambek kau, memang aku buat gitu pun. Tapi jeans aku rupa slack so memang dibolehkan! You feel meh?


Aku nak ini! (sila mula berangan!)


Aku teringin yang ini tapi ada heel lah pulak!


Ni yang tak ada heel, tapi apa ke benda yang mengerlip kat tengah tu! Haishhhhh!
Yang ni tak ada heel dan tak ada mengerlip. So aku terus beli! kehkehkeh



So sekianlah angan ku yang menjadi kenyataan. Aku beli masa boxing day ritu kat Junction 28.Senang aku nak jalan dengan boot ni dan kalau kena kejar dek peragut, aku boleh tendang guna boot ni! Amacam, ada macam samseng jalanan?






Radford Grove Lane, Nottingham yang amik gambar dari google!