May 30, 2011

Student PhD Aku di Malaya Masih Belum Viva Lagi



Masih menunggu tarikh. Tarikh untuk viva. Seorang lagi student aku di Malaya akan viva. Dia baru email minggu lepas dan masih tiada tarikh untuk viva. Sempatkah aku hadir viva dia nanti? Belum tentu. Kerana tarikh pun belum dapat lagi. Kesian pada student aku tu. Kesian dia. Mesti dia berdebar. Sudah dua bulan tunggu. Tunggu tarikh viva. Dia sudah bersedia. Tapi bersedia macamana pun, hati tetap gundah gulana. Menunggu tarikh buatkan dia rimas. Kesian. 


Aku main supervisor. Aku memang tahu dia ni memang sangat rajin. Aku doakan dia berjaya. Tapi kalau aku tak sempat tengok viva dia, aku tetap berdebar serupa dia. Aku rasa debar aku lagi teruk dari dia ni. OK. This is not about me. This is about her. My student. Kalau dah selesai nanti, bolehlah aku tempah baju lain untuk konvo dia. Iskk, kenapa aku yang tempah baju? Sudah tentu. Aku pun susah payah juga. Jerih jadi supervisor ni.










Radford Grove Lane, Nottingham.

***