Since aku tinggal sorang di rumah ni, aku sudah pun masak baru kejap tadi. Tapi of courselah lepas masak tu aku kena makan terus sebab masih panas lagi. Ayam masak halia, telur mata kerbau dan 8 biji cherry tomato. Dalam sekelip mata, sekian aku makan. Now what? Sambung dengar lagu. Belum. Zuhur belum masuk lagi ni. Beza zuhur dan asar sangatlah jauh. Zuhur pukul 1.10 tenghari dan asar pukul 6.15petang. Ya. Memang boleh pergi London dan patah balik ke service station baru masuk asar tu.
Memang gelap sangat lambat sekarang ni. Ya. Siang lebih lama dari malam. Kalau pukul 9 malam masih boleh tengok di kawasan kubur depan rumah aku lagi. Masih tak seram lagi sebab cerah. Tapi kalau pukul 12 malam, memang aku yang sedia ada penakut ni, takkan buka langsir untuk intai Jasper. Biar handsome macamana Jasper tu, aku tetap tak mahu buka langsir dan intai. Tak mahu tunjuk lagak berani. Memang tak berani ye.
Bukan apa, aku takut aku akan ikut Jasper!
Radford Grove Lane, Nottingham.
***