May 30, 2011

Jangan Minum Wine Merah Itu



Aku punya banyak masa. Masa yang aku buat sesuka hati aku. Lalu aku baca blog orang. Blog yang aku rasa memang menarik. Aku memang tak boleh tulis macam mereka. Kenapa? Ya, kerana aku ni orang akademik. Orang akademik tak boleh tulis sebarangan. Yerait! Bagi aku, amatlah susah untuk tulis dengan mengambil kira yang aku ni orang akademik. Ceh. Cepatlah pencen.




Aku suka makan kuaci.





Aku tidak pandai tulis perkara yang menggelikan hati. Tapi bila baca blog orang, aku boleh ketawa. Aku boleh salute pada mereka. Aku juga tidak pandai tulis cerita sedih.  


Kailan ikan masin di KMC, (Kedai Makcik ) aku sangat suka. 




Di UK yang sunyi sepi. Aku boleh imbas banyak kali. Bila aku rindu pada Mak dan Abah, aku yang termenung sejuta kali. Namun, itu semua bukan boleh aku luahkan sangat di blog ini. Tapi bila baca blog orang lain, aku boleh jadi hiba. 





Aku rindu Vista (kondo aku tu).





Lalu, blog dulu sudah aku delete. Sebab kawan baik aku sudah berpesan supaya keluarkan semua gambar yang ada dia. Aku sedih. Kawan baik aku yang lebih 25 tahun aku kenal memberi kata dua kepada aku. Aku hilang kawan demi blog. Bukan ada cerita mengenai dia pun. Aku cuma letak gambar saja. Bila tengok blog orang, ada je gambar kawan-kawan. Elok je.







Aku rindu Jonah. *wink*





Lalu aku buat kesimpulan. Blog yang menarik dan aku anggap menarik ialah blog yang bercerita mengenai orang lain. Mengutuk orang lain. Mengata. Menyumpah seranah. Mencarut. Ramai yang tulis mengenai diri sendiri dan perjalanan hidup sendiri. Mengenai travelog yang aku suka baca juga. Suka tengok gambar yang cantik-cantik. Blog yang penuh dengan gambar makanan lagi best! Mungkin aku malas masak sebab itu aku suka baca blog orang. Bukan baca tapi tengok gambar makanan je pun.






Aku akan beli banyak DVD bila balik Malaya ni.



Ada yang tulis mengenai hobi lantas besertakan gambar. Aku suka baca yang ringkas. Jika panjang sangat, aku buat speed reading tanpa meninggalkan isi kandungan tulisan tu. Tapi semua tulisan itu dianggap sebagai 'suka hatilah nak tulis apa pun' dan juga 'blog aku, suka akulah nak tulis'. Aku amat setuju dengan semua ini. Lantak kaulah nak tulis apa. 




Kalau tak suka baca tulisan orang tu, jangan baca. Senang cerita.




Kadangkala nak tulis blog ni pun macam perit rasanya. Hilang idea. Masih pegang pedoman lagi. Kalau tak ada idea tu, tak payah tulis. Letak gambar. Pastu sengih. Paling kuat pun, buka blog sendiri dan baca balik apa yang ditulis tu. Kalau masih tak reti jugak, terus delete blog sendiri. Muahhahahha! Sila gelak jahat kejap.






Aku tak sabar balik Malaya ni.





Blog ini untuk anak-anak aku dan juga untuk cucu aku. Blog dulu pun mengenai anak-anak dan  hidup aku. Mana tau aku mati esok, bolehlah juga mereka baca apa yang aku sudah lalui. Hati dan perasaan aku ketika aku menulis ini. Tapi ni pun belum tentu nasib blog ni . Mungkin akan dibuang. Mungkin tidak.  Mungkin juga ada yang tak suka lantas bagi aku surat layang. Tapi since zaman moden, aku boleh dapat email layang. Kali ini memang aku akan gelak terkekeh-kekeh lagi nanti. Suka  hati aku lah nak tulis apa sebab ni blog aku.





Since penimbang dah tiada, aku tak tahu aku ni dah berapa kilo.





Aku rasa aku belum rindukan Radford Grove Lane ni since aku ada di sini. Bila aku pulang, mungkin aku rindu. Aku kata mungkin. Belum tentu lagi. Mungkin aku tidak rindu. Mungkin aku menyampah. Mungkin aku cuba cari apa yang dikatakan menarik UK ini. Tapi of course, Limerick Ireland meninggalkan bibit-bibit ngeri buat diri aku. Aku cuma sukakan Galway dan Clair di Ireland tu, juga Dublin. Aku langsung tidak rindukan Venice dan Belgium. Mungkin kerana aku pergi masa masih winter lagi dan cuaca sangat menyengat badan aku. Mungkin penyebab utama, aku sudah tua dan tak tahan akan cuaca sejuk.




Aku suka makan di Johnny's. 





Namun aku rasa keluhan atau keyakinan diri aku terhadap kehidupan ini boleh dijadikan sebagai satu titik penghabisan diri aku. What the dell! Mana tau! Mungkin ya. Mungkin tidak. Bukan aku pandai menulis cerita yang menarik.




Aku akan puasa di Malaya tahun ini. 




Oleh itu, memang aku boleh salute pada mereka yang boleh tulis dengan baik. 





Hari ini Widad goreng cekodok pisang. Kali terakhir aku beritahu dia. Lepas ni dah tak mahu lagi cekodok di UK ni. Aku nak popia basah lepas ni. Nak popia SA Ali di pasar malam Vista. Juga apam tepung gandum. Juga nak makan nasi kerabu di Yati restoran. 







Bila nak print tiket flight balik ni?








Wine merah?



Nak mati kejung?




Nak masuk api neraka?





Nauzubillah.







Jom kita tengok kolam di bawah ini.

Ni masa winter tahun lepas. Kolam so called kolam-menternak-katak. Ya, katak England menyorok dalam kolam ini. Adakah Prince Charming katak itu? Err, maknanya aku sudah terpijak Prince Charming!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***