Baru kejap tadi Neil telefon. Dia cakap orang yang sepatutnya tengok rumah hari ni, tak jadi datang. Hishh, penat aku tunggu. Dalam hati, aku suka. Aku sempat tanya Neil. Kalaulah ada orang lagi nak tengok rumah! Dia terus cakap. Nope. Sebab minggu depan school break. Eh. Bukan ke Alim dah break minggu ni? Itu Alim. Academy dia tu, academy bapak sedara. So semua sekolah UK akan break minggu depan. Alim break lagi seminggu juga sama dengan sekolah lain. Jadi, Neil tak mahu layan kalau orang nak tengok rumah bila school break. Ikut suka kaulah Neil. Janji jangan ganggu aku lagi. Aku malas buka pintu depan tu. Aku rela duduk rumah tanpa ada pintu depan. Eh. Ini Aliaa cakap. Aliaa selalu sebut Eh! Kenapa dia tu?
Radford Grove Lane, Nottingham.
***