May 3, 2011

Class Leader



Semalam aku dapat surat. Surat dari academy Alim. Agak terkezut di situ. Aku ingatkan dia kena disiplin or what not. Tapi rupa-rupanya surat nak bagi tau aku yang Alim dilantik jadi class leader. Bukan ke kalau di Malaya, tak perlu bagi tau mak bapak. Sangatlah formal untuk lantik jadi ketua kelas je pun. Lupa nak cakap kat dia yang aku begitu bangga. Nanti petang ni aku cakap. Dia ni memang suka hal-hal yang sebegini. Suka attention dari cikgu dan cikgu suka pulak dengan dia ni dan aku still tak faham kenapa sebab aku di sekolah dulu kalau boleh nak menyorok bawah meja, aku akan buat. Kalau boleh aku tak mahu dikenali langsung. Memang tak reti sosial aku ni. Hello, this is not about you, Dr Notts! Get a grip!








Radford Grove Lane, Nottingham.

***