Rasanya baru je anak aku si Alim ni cuti Easter hari tu. Jumaat lepas Alim ingatkan aku yang dia akan cuti dua minggu mulai hari ni. Arghh, cuti lagi? Academy apa tu? Dah nak cuti lagi. Belajar ke? Belajar apa kalau cuti je semedang. Aku tak fahamlah. Ni barulah betul kata-kata, 'Ingat sekolah tu sekolah bapak sedara kau ke?'. Memang ikut suka bila cuti. Kolej Widad belum cuti lagi. Widad cuti minggu depan. Tengah exam GCSE boleh cuti pulak. Entah cuti apa.
Di UK ni, kerajaan mereka ni memang tak mahu bagi student stress so dia selalu adakan break. Bagi aku, memang elok tapi yang aku rasa banyak cuti dari belajar. Bila nak pandai ni?
Tambah yang sudah digelar academy ni, ikut suka dia je bila nak cuti.
So now, Alim berada di rumah for two weeks. Two long weeks. Hope dia tak nag!
Talk to the hand, Alim!
Radford Grove Lane, Nottingham.
***