Gambar sahaja kali ni. Shariff and sons kedai pakistan. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang diletakkan di luar je. Malam, dia bungkus dengan plastik. Tak ada pulak orang nak curi tu. Sila telefon nombor di atas bangunan tu kalau tak percaya.
Gambar ni sama je dengan yang atas. Tapi ada nampak sikit nama kedai tu. Cashier kedai ni semua orang pakistan. Memang rasa macam kat Pakistan. Kami je yang orang nampak macam orang Cina. Dah kena tegur banyak kali dah bila datang sini. 'Are you Chinese?' So biasanya aku jawab, 'Yeah!'
Kami hantar pinggan mangkuk yang tidak guna di charity shop di bawah ini. Royal Society for the Blind. Lepas ni kalau ada sesiapa yang nak datang ke rumah aku, silalah bawa pinggan sendiri sebab di rumah ni ada 3 pinggan sahaja dan 3 mug sahaja.
On the way pulang ke rumah. Masa ni tak banyak kereta so nampak okay sikit. Gregory Boulevard.
Ini klinik kami sekeluarga. Doktor kami sebelum ni, Dr Rudrashetty. Macam tak membantu langsung so kami tukar kepada Dr Rhoden. Dr Rhoden memang best.
Minggu ni nak keluar ke tak?
Radford Grove Lane, Nottingham.
***