May 11, 2011

Satu Hari Yang Panas!




Ni masa cuaca sangatlah panas. 24 darjah. Tapi panas lagi Malaya. Rasa macam sesak nafas kejap bila cuaca gini. Eksen ke haper! So kami keluarlah secara bersama ke kilang kasut yang so called murah tapi mahal nak mati! By the way, dalam gambar je mereka berdua ni mesra. Realiti, mereka akan bercakaran! Aku tidak menghalang pun. Biasanya aku akan kata, teruskan!




Oleh kerana tahap kepanasan tu aku sendiri tak tahan, aku kena guna payung kerana kulit aku putih (ada rasa nak muntah ni!). Terasa macam terbakar kulit aku. Di padang itu, aku saja yang pakai payung ye hencik! Suddenly teringat tahap kepanasan masa aku di Athens, Greece. Masa tu balik je Malaya, aku sendiri tak kenal siapa aku kerana sudah gelap! 

Oh ye, sambil pakai payung, aku makan prawn salad. Tu nampak tak semangkuk aku makan! Beli di ASDA. Tapi dalam pada tu, niat di hati memang nak buat shooting kejap tapi agak berat rasa hati sebab panas lalu aku letakkan saja video tu di hadapan dan jerit pada pelakon di hadapan aku tu.


Eh ada pulak bapak polisi atas kuda di sebelah kanan aku masa tu so intai kejap. Intai saja sebab tak mahu dekat. Agak busuk di situ. 


Berbalik kepada shooting, aku sempat jerit. 'Ooi budak-budak tak perlulah beratur. Relax ok. Nak video korang main bola je pun'. Main bola guna bola basketball. Memang bagus tu. Tapi sempat jugak mereka ni pekena ice lollies! Alim tak makan ke? Well, dalam kereta ada 3 kotak ice lollies untuk dibedal ye!





Huh, baru betul. Mereka sudah mula bermain dan aku sudah habiskan prawn salad yang sedap betul tu.






Selepas habis makan salad aku tu, kami balik tapi kena buka tingkap. Mana ada aircond di sinikan! So aku kena harung segala bau yang dibawa oleh Alim setelah di bermandi peluh. Haring, John!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***