Jumaat lepas, sedang aku mengadap laptop aku yang usang ni, tiba-tiba blank. Terus tak boleh nak buka window. Arghhh! Mula-mula tu senyum, lepas tu tunggu Widad balik dengan harapan budak ni boleh tolong selamatkan apa yang patut. OK. Semua word document selamat dan terus di copy ke dalam portable hard drive. Desktop? Langsung tak boleh nak buka.
Oh tidakkk! Semua gambar aku di Ireland, Italy, Belgium dan UK ada di desktop. Adakah hilang? Memang hilang dah tu! Adakah perlu pergi semula untuk ambil gambar ini semua. Kata tidak pada Italy sebab aku tak berapa gemar pada Italy.
Terus tak berapa panik sebab kerja aku dah diselamatkan. Tiba-tiba dejavu. Macam pernah terjadi masa buat PhD tetapi kali ni, aku tidak meraung kuat. Aku cuma mampu tersenyum sebab kerja aku di sini boleh diselamatkan sedangkan masa buat PhD, semua kerja hilang terus dan aku termenung seminggu.
Lepas seminggu baru sedar yang diri aku itu sedang mengalami krisis menjadi biol seketika. Lepas seminggu juga aku bangun kembali dan mula membuat semua writing up all over again. Amat sukar hidup pada masa itu. Still jalan ke Barcelona dan Prague sudah semestinya pergi dengan tidak mengambil kira kena buat semua writing up semula. Muahahhahah sila gelak jahat di sini!
Anyways, petang ini akan ke kedai kawan Aliaa. Son Kashef. Hmm. Dia ni kalau jumpa perempuan muda, akan dipanggil sister so kalau jumpa aku sure dipanggil ahjumma aka makcik. Biasanya dia charge 30 pound for reformat. So Widad dah tanya Kashef and buah-buahan cukuplah sebab dia tak minta bayaran pun. Baik budak tu. Bila free tu baiklah ye!
Meh lah kita semua tengok petang ni samada aku mampu sambung senyuman ku atau pun aku harus termenung.
Radford Grove Lane, Nottingham yang rasa macam padan muka!
***