May 7, 2011

Charity Shop




Esok kami akan ke charity shop. Semua barang-barang yang tidak dibawa pulang ke Malaya akan dihantar ke charity shop esok. So kalaulah ada tamu datang lepas esok ni, memang tak ada pinggan nak digunakan. Mahap ye tamu! Macamlah ada orang nak datang rumah aku ni. 

Sebenarnya memang tak ada orang datang pun. Since aku ni bukan keluar rumah so aku tak kenal orang ye hencik! Sombongkah aku? Tak kot! Cuma agak malas nak kenal dengan orang buat masa ni sebab aku kena punyai amanah di mana aku dihantar ke sini untuk buat research dan aku sudah pun siapkan 6 paper dan sudah dihantar untuk publication. Sedang tunggu samada diterima atau tidak. (Tak payah explain sebab aku sendiri tak percaya. haha!)

So berbalik kepada charity shop ni, dah pun kumpul semua barang-barang tu dan kena tengok balik baju-baju yang tidak akan dibawa pulang untuk dihantar sekali ke charity shop tersebut. 

Haish, orang sebelah ni memang nak kena pelempang ni. Dahlah pagar sebelah ni dia orang tak betulkan, so anak-anak dia yang agak kurang asam tu telah masuk ke backyard aku dan siap panjat-panjat pagar pintu belakang rumah aku ni. Kalaulah roboh, memang kena pelangkung dengan aku ni. Budak perempuan lak tu. Suka panjat tu kenapa? Jawab! 

Suddenly baru teringat, rumah dia orang ada trampolin yang agak besar tu itulah kerja mereka ni melompat, memanjat dan tak boleh nak duduk diam. Agak macam monyet bila tengok dia orang ni! Monyet pun ada masa untuk berehat ye. Aku marah ni! Tak tahulah apa Mat Salleh ni makan hingga dapat anak-anak yang langsung tak boleh duduk diam.

So, charity shop ada banyak di Hyson Green. Kena pilih mana yang sesuai kerana semua duit yang dia orang dapat di charity shop tu akan disedekah kepada apa yang tertulis di kedai tu. Contoh, RSCPA (sila tengok apa makna acronym  ni), dia orang bagi duit tu untuk anjing, Salvation Army charity shop untuk veteran army dan sebagainya. Memang banyak betul charity shop di Hyson Green sahaja. So esok, operasi kita, John!


Tapi tengah fikir, mana nak buang duvet ni sebab masih pakai lagi hingga pulang nanti. Nampaknya kena bayar pada Neil supaya dia boleh tolong buangkan! Bantal? Arghhh mana nak muat dalam tong sampah di luar tu. Bagaimana ye! Pening, John!


Since dah kemas banyak, semalam tengok Autumn Concerto kali kedua. Hari ni tengok Fugitive Plan B. Again! Memang kelakar Rain tu. I love Rain! Memang kelas berlakon. 


Aku kena get a life lah.


Eh, kenapa aku tulis panjang dalam satu post ni?







Radford Grove Lane, Nottingham.

***