Aku takut aku lupa yang aku tinggal di rumah ini sekarang. Tak lama lagi, memang aku akan tinggalkan rumah ini.
|
Dapur yang sentiasa berasap. Kata rajin! |
|
Betul-betul sebelah dapur. Aku buat sitting room sebab senang nak cari makan. Eh |
|
Living room yang aku jarang guna. Memang kosong. Tempat lalu lalang ke atas. Fire place tu aku guna juga masa winter. |
|
Living room dari sudut lain. Tingkat tu menghadap ke luar dan boleh nampak kawasan kubur. Hmm |
|
Almari tempat simpan baju Alim. Di living room |
|
Masih living room. Tingkat menghadap kubur tadi. Pintu tu untuk naik ke tingkat atas dan ada lagi satu pintu ke luar rumah |
|
Pintu yang dari living room tu. Nampak tangga itu. Tangga naik ke atas. Sebelah kiri tu pintu ke luar. Sila ambil surat. Posman akan masukkan surat melalui pintu keluar tu. |
|
Tangga naik ke atas rumah. Ada 12 anak tangga kesemuanya. Ya. Aku kira. Dah berjuta anak tangga aku naik dah ni. |
|
Ni dari atas tangga. Saja nak bagi nampak tempat surat tu. Kalau winter, tempat surat ni sejuk bukan main. So kena letak kertas bagi jangan masuk angin sejuk tu. |
|
Pintu keluar tadi. Sila sangkut jaket di kanan itu. |
|
Ni pintu dari dapur ke living room. Kanan tu pintu ke mini basement. Bukan basement besar pun. Kecik je, untuk simpan barang. Basement memang turun ke bawah sikit. Kena ambil gambar basement ni. Ala-ala bawah tanah gitu. |
|
Eh, kenapalah tak tersusun gambar ni. Ni gambar di sitting room sebelah kitchen tadi. Heater di dinding tu berguna masa winter sahaja. Lepas tu bil letrik tinggi melambung. Boleh pengsan bayar. |
|
Ni sudah di luar. Pintu luar untuk masuk ke dapur. |
|
Bilik aku. Pine set. |
|
Sebelah katil aku, air bed Widad dan lepas tu jadi tempat Alim |
|
Bilik aku lagi. Sebelah tempat tidur Alim ada cermin besar. Tempat Widad picit jerawat dia. |
|
Bilik aku lagi. Tingkap yang amat berjasa sebab boleh lambai Jasper setiap malam. |
|
Asalnya bilik Aliaa dan now bilik Widad. Tiada meja so guna kotak untuk buat kerja dia. Tingkap menghadap backyard yang semak itu. |
|
Meja laptop dari pine. eh |
|
Dari pintu bilik Widad. Kanan tu pintu ke toilet. Kiri tu pintu ke bilik aku. Terus tu turun tangga ke bawah. Baldi tu untuk basuh kain. No washing machine, mind you! |
|
Hala ke bilik aku. Tingkap lagi satu dalam bilik aku. Ya. Still menghala ke kubur. |
|
Dari atas menghala ke pintu keluar. |
|
Pintu rumah aku. Rumah aku je ada pintu warna merah. Memang tak akan sesat punyalah. Tingkap kanan tu tingkap dari living room tadi. Patutnya ambil gambar seluruh rumahkan!Eh, ni Widad with her wellington boots! |
|
Nilah pagar depan rumah aku. Pagar untuk masuk ke kawasan kubur. 15 langkah dari pintu rumah aku je pun. |
Dah sekian. Nanti aku kena ambil gambar toilet sebab macam tak ada pun. Toilet di rumah aku ni sebesar bilik Widad. Boleh main batu seremban di dalam itu.
Lupa nak bagi tau, rumah ni cuma ada basic needs sahaja. Aku memang tak beli apa pun untuk rumah ni since kalau aku beli, mana nak campakkan bila aku balik Malaysia. So aku terima apa yang diberi oleh tuan rumah. Sebab tulah tak ada dining table atau sofa set di living room. Suka tuan rumah tu sebab rumah ni terjaga dan carpet tak rosak.
Nanti aku tunjuk gambar rumah aku di Ireland pulak ye.
Radford Grove Lane, Nottingham.
****