May 26, 2011

Aku Rimas Boleh Tak?



Sejak si tuan rumah ni aka Neil letak sign board 'House for Rent', maka sudah dua kali aku kena bukakan pintu untuk orang lain tengok rumah ni. Maknanya ada orang nak sewa rumah ni nanti setelah aku pergi. Tapi agak leceh walaupun tuan rumah ni baik tapi aku tak suka orang datang rumah aku. Bukan aku sombong. Aku cuma rimas bagai nak mati ni.


Salah satu faktor ialah, orang yang datang tu ialah orang Poland. Arghhh, nostalgia Poland sudah aku mulai lupa sejak berada di Ireland dulu dan kini datang kembali? Oh tidak, aku tak suka orang Poland yang sombong dan sangat kasar. Eh, aku sombong ke? Mereka ni boleh digelar sebagai tak sedar dek untung bila berada di negara orang. Buat macam negara sendiri. Oi, aku pun berada di negara orang jugak, taklah sampai nak buat macam negara sendiri. Sombong tak kena tempat. Pastu cakap kasar dan buat muka yang macam nak pukul orang lagi pulak tu. 

Hishhh, memang aku tak suka orang Poland. Sejak mereka ni bagi aku warning masa di Ireland telah membuatkan aku tak suka pada semua orang Poland. Ye, mereka warning aku cuma kerana hal parking kereta semasa di Ireland dulu. Terus aku menyampas. 

So, kelmarin yang datang tengok rumah Neil ni ialah orang Poland. Muka nak kena penyapulah tu. Siap jeling kat aku lagi. Aku ni perasan ke? 





Arghhhhh, aku rimas!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***