Nasib baik ada Youtube. Boleh juga aku dengar balik lagu-lagu zaman aku sekolah dan kolej dulu. Nostalgia? Tak langsung. Aku cuma suka dengar je. How innocent tampak semua penyanyi zaman dulukan! Taklah macam Justin Bieber. Arghh, please no offence to all the fans, aku memang tak suka budak kecik ni. Actually bukan pasal lagu dia, tapi aku tak tahan dengan rambut dia. Whats with the hair for crying out loud! Sila guna sepit rambut mengerlip tu supaya rambut nampak lebih tak serabai.
Lagu M.Nasir dengan Yunizar Hussein memang very the class. Di hari persandingan Mu. Tak ada motif lagu ni untuk aku tapi aku suka M. Nasir. Ok fine, rambut dia bukan macam Justine Bieber tu. Walaupun rambut dia rupa gitu dari muda ke tua tapi I heart you, M. Nasir! Tidak lupa pada Kenny, Remy Martin dengan banyak lagu-lagu best. Kenapa semua penyanyi lelaki? Eh, aku suka Feminin apa! Suka satu lagu je pun. Lagu UntukMu. Eh, Ideal sisters pun aku suka juga heh. Lagu Hanya Sekali.
Aku suka lagu Melayu ok. Tapi penyanyi lama lebih ramai dari penyanyi yang baru-baru tapi aku tak lupa Faizal Tahir. Sila jadi superman sekarang! Aku suka Nora yang sangat lemah lembut itu. Aku suka jugak lagu Ajai dengan Kris Dayanti tu. Hati Ini Telah dilukai. Teringat dengar lagu ni masa di UK tahun 2000. Hishhhh! Nostalgia ke? Na' ah!
Aku kena get a life betul-betul hari ni!
Radford Grove Lane, Nottingham.
***