May 31, 2011

Eastwood Memang Buatkan Aku Kaya



Lepas zohor kami terus ke Eastwood. Ini semalam. Eastwood tempat jatuh lagi kenang. Eastwood tempat kerja aku dulu. Eastwood yang boleh aku nak berlagak sebab aku agak kaya. Dapat gaji hampir 4k. Dalam pound sterling. So kalau convert masa tu, aku dapat hampir 30k duit Malaya. Aku tipu.  Masa tu duit convert 7.2. Satu pound sama dengan RM7.20.



Pakai dua kereta. SUV (7 seater) dan satu kereta favourite aku, Micra. Tapi itu cuma seketika je. Kaya kejap tapi miskin agak lama. Miskin bila balik Malaya. Muahhahhaha. Baru kena dengan padan mukakan. Berlagak lagi.



So dalam perjalanan ke Eastwood tu, kami aka Widad dan Alim, ingin ke Ikea. Bukan ke Ikea sangat pun. Tapi kami nak ke Argos. Macam tak ada Argos kat city of Notts kan.!Sampai je ke simpang Ikea, mak ai, jem hingga 3km. Jauh jem tu. Kereta aku tak boleh nak slow. Eksen. So kami terus ke hadapan dengan harapan ada jalan susur lain. Memanglah tak ada. Ingat jalan bapak sendiri ke? 



Terus patah balik ke city of Notts. Memanglah jauh. Adalah nak dekat 10 batu kot. Sampai city, terus parking di Victoria Centre dan terus ke Argos. Selesai sudah. Singgah ke Sports Direct. Beli souvenir anak-anak di Malaya. Beli Millet cookies untuk kami makan. Sila drool anak-anak di Malaya!



Balik rumah hampir kebulur. Masukkan ayam dalam oven. Masa nilah rasa lama betul nak bakar ayam. Kami lunch at 4pm. 




Tak nak pergi Eastwood lagi dah. Silap masa. Semalam bank holiday. Semua bank tutup. Ye ke? Sebab end of May punya cuti. Oleh itu urusan aku di bank tergendala.



Terus aku buka youtube dan layan lagu dan video clip random.







Get a life, woman!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***