May 31, 2011

Monolog: Adakah Aku Rindu Pada England?




Aku tak pasti. Aku rasa mungkin aku akan rindu tempat ini. Mungkin aku akan rindu negara ini. Tapi belum tentu lagi. Dah terlalu lama tinggal di sini. Patutnya aku cuti sebatikal di negara lain. Yang aku datang balik ke sini ni, kenapa? Mungkin masa sebelum datang kembali ke sini, aku rindu akan negara ini. 



Tapi bila dah datang balik, macam tak rindu pun. Negara ini agak lain dari masa aku datang sebelum ini. Dari pertama kali aku datang pada 1979. Kini. Langsung tiada thrill aku di sini. Patutnya aku ke negara Asia sahaja. Cukuplah negara Eropah. Cukuplah tengok warga yang membuatkan aku rasa seperti tiada perasaan. 



Aku kira, jika aku tidak ke sini lagi, aku mungkin tidak tahu akan perasaan aku terhadap negara ini. Betul. Memang sepatutnya aku rasa rindu jika aku tidak datang lagi. Tapi sekarang, bila aku berada di sini, aku bayangkan Malaya yang indah. Malaya yang panas. Malaya yang penuh dengan makanan yang lazat-lazat. Aku tak perlu masak. Itu sudah semestinya. Aku rindu Malaya jua.



Malaya. Aku boleh pulang ke Vista dengan perasaan tenang. Aku boleh duduk di rumah aku tanpa rasa payah. Aku boleh duduk rumah di Vista itu tanpa berfikir. Tak perlu risau. Tak perlu gundah. Suasana lain mungkin. 



Aku sudah kira. Lagi lima tahun, aku akan cuti sebatikal lagi. hahhahhaha. Aku ingin ketawa terbahak-bahak tapi tidak jadi. Aku cuma ketawa kecil. Cukup baik punya perancangan. Bila cuti, aku rasa lega. Tapi bila lama sangat cuti, rasa macam biol seketika. Tapi aku punya banyak masa untuk menulis. Selain menulis kertas akademik, aku juga terlibat dalam penulisan skrip teater. Tahun ni kena terbit buku skrip teater itu. Itu lain. Itu cerita lain. Lain kali aku cerita. 



Mungkin bila dah pulang ke Malaya aku akan rindu negara ini. Aku kata mungkin. Mungkin rindu. Mungkin tidak. Aku tak pasti itu. Aku akan rindukan masa yang banyak terluang. Mungkin juga. Aku juga mungkin rindukan salji semasa winter. Terutama the first snow. Walaupun dah banyak kali tengok snow, setiap kali tengok, rasa macam kagum. Kagum dengan kuasa Tuhan. Nikmat ini aku simpan hingga aku lupa. Bukan Alzeimer. Tapi bila  duduk sini, aku sudah mula lupa banyak. Lupa macam-macam. 




Mungkin juga aku boleh ubat rindu aku itu. Jika aku rindu pada negara ini. Aku boleh pergi holiday. Tapi tak boleh lama. Aku tak suka holiday lama-lama. Sangat tidak suka. Aku rimas nak packing. Lagi rimas nak unpacking. Itu semua kerja anak-anak aku jika aku keluar negara.



Sudah. Aku sudah bersedia. Untuk ke negara lain. Tapi ingat, cuma seketika. Tak boleh hingga bertahun. Takut lupa negara. Negara sendiri. Aku sudah mengira. Umur yang boleh menerima. Kudrat yang akhir. Aku ikut sahaja. 





Aku ingin mencuba sesuatu kini.





Sesuatu yang baharu. 





Aku rindu kimbap rupanya!









Radford Grove Lane, Nottingham yang masih di bumi England ini.

***