May 26, 2011

Pizza Makan Dengan Rendang



Aku memang tak suka makan pizza. Sangat tidak suka. Kalau aku outing dengan anak-anak aku di Malaya, mereka suka sangat nak singgah di Pizza Hut tu. Aku yang tidak gemar akan pizza terpaksa akur walaupun aku tahu aku akan tertekan dengan makanan di situ. Bolehlah nak telan lasagnia tu kalau aku terlalu lapar tapi kalau boleh elak, aku akan elakkan. 

Tapi semalam, teringin pulak nak makan pizza. Buang tebiat ke? Kalau setakat makan pizza je, sure aku tak tertelan so aku makan dengan rendang ayam. Kira macam makan roti bakar dengan rendang. Kira Malaya lah tu. Janji pedas sikit. 

Licin licau semua pizza di makan dek Widad dan Alim semalam. 




Kata tidak pada pizza!






Radford Grove Lane, Nottingham yang sedang berfikir untuk hidang pizza bila Lurpak datang ke rumah nanti. Amacam? Boleh?

***