May 31, 2011

Monolog: Adakah Aku Rindu Pada England?




Aku tak pasti. Aku rasa mungkin aku akan rindu tempat ini. Mungkin aku akan rindu negara ini. Tapi belum tentu lagi. Dah terlalu lama tinggal di sini. Patutnya aku cuti sebatikal di negara lain. Yang aku datang balik ke sini ni, kenapa? Mungkin masa sebelum datang kembali ke sini, aku rindu akan negara ini. 



Tapi bila dah datang balik, macam tak rindu pun. Negara ini agak lain dari masa aku datang sebelum ini. Dari pertama kali aku datang pada 1979. Kini. Langsung tiada thrill aku di sini. Patutnya aku ke negara Asia sahaja. Cukuplah negara Eropah. Cukuplah tengok warga yang membuatkan aku rasa seperti tiada perasaan. 



Aku kira, jika aku tidak ke sini lagi, aku mungkin tidak tahu akan perasaan aku terhadap negara ini. Betul. Memang sepatutnya aku rasa rindu jika aku tidak datang lagi. Tapi sekarang, bila aku berada di sini, aku bayangkan Malaya yang indah. Malaya yang panas. Malaya yang penuh dengan makanan yang lazat-lazat. Aku tak perlu masak. Itu sudah semestinya. Aku rindu Malaya jua.



Malaya. Aku boleh pulang ke Vista dengan perasaan tenang. Aku boleh duduk di rumah aku tanpa rasa payah. Aku boleh duduk rumah di Vista itu tanpa berfikir. Tak perlu risau. Tak perlu gundah. Suasana lain mungkin. 



Aku sudah kira. Lagi lima tahun, aku akan cuti sebatikal lagi. hahhahhaha. Aku ingin ketawa terbahak-bahak tapi tidak jadi. Aku cuma ketawa kecil. Cukup baik punya perancangan. Bila cuti, aku rasa lega. Tapi bila lama sangat cuti, rasa macam biol seketika. Tapi aku punya banyak masa untuk menulis. Selain menulis kertas akademik, aku juga terlibat dalam penulisan skrip teater. Tahun ni kena terbit buku skrip teater itu. Itu lain. Itu cerita lain. Lain kali aku cerita. 



Mungkin bila dah pulang ke Malaya aku akan rindu negara ini. Aku kata mungkin. Mungkin rindu. Mungkin tidak. Aku tak pasti itu. Aku akan rindukan masa yang banyak terluang. Mungkin juga. Aku juga mungkin rindukan salji semasa winter. Terutama the first snow. Walaupun dah banyak kali tengok snow, setiap kali tengok, rasa macam kagum. Kagum dengan kuasa Tuhan. Nikmat ini aku simpan hingga aku lupa. Bukan Alzeimer. Tapi bila  duduk sini, aku sudah mula lupa banyak. Lupa macam-macam. 




Mungkin juga aku boleh ubat rindu aku itu. Jika aku rindu pada negara ini. Aku boleh pergi holiday. Tapi tak boleh lama. Aku tak suka holiday lama-lama. Sangat tidak suka. Aku rimas nak packing. Lagi rimas nak unpacking. Itu semua kerja anak-anak aku jika aku keluar negara.



Sudah. Aku sudah bersedia. Untuk ke negara lain. Tapi ingat, cuma seketika. Tak boleh hingga bertahun. Takut lupa negara. Negara sendiri. Aku sudah mengira. Umur yang boleh menerima. Kudrat yang akhir. Aku ikut sahaja. 





Aku ingin mencuba sesuatu kini.





Sesuatu yang baharu. 





Aku rindu kimbap rupanya!









Radford Grove Lane, Nottingham yang masih di bumi England ini.

***

Eastwood Memang Buatkan Aku Kaya



Lepas zohor kami terus ke Eastwood. Ini semalam. Eastwood tempat jatuh lagi kenang. Eastwood tempat kerja aku dulu. Eastwood yang boleh aku nak berlagak sebab aku agak kaya. Dapat gaji hampir 4k. Dalam pound sterling. So kalau convert masa tu, aku dapat hampir 30k duit Malaya. Aku tipu.  Masa tu duit convert 7.2. Satu pound sama dengan RM7.20.



Pakai dua kereta. SUV (7 seater) dan satu kereta favourite aku, Micra. Tapi itu cuma seketika je. Kaya kejap tapi miskin agak lama. Miskin bila balik Malaya. Muahhahhaha. Baru kena dengan padan mukakan. Berlagak lagi.



So dalam perjalanan ke Eastwood tu, kami aka Widad dan Alim, ingin ke Ikea. Bukan ke Ikea sangat pun. Tapi kami nak ke Argos. Macam tak ada Argos kat city of Notts kan.!Sampai je ke simpang Ikea, mak ai, jem hingga 3km. Jauh jem tu. Kereta aku tak boleh nak slow. Eksen. So kami terus ke hadapan dengan harapan ada jalan susur lain. Memanglah tak ada. Ingat jalan bapak sendiri ke? 



Terus patah balik ke city of Notts. Memanglah jauh. Adalah nak dekat 10 batu kot. Sampai city, terus parking di Victoria Centre dan terus ke Argos. Selesai sudah. Singgah ke Sports Direct. Beli souvenir anak-anak di Malaya. Beli Millet cookies untuk kami makan. Sila drool anak-anak di Malaya!



Balik rumah hampir kebulur. Masukkan ayam dalam oven. Masa nilah rasa lama betul nak bakar ayam. Kami lunch at 4pm. 




Tak nak pergi Eastwood lagi dah. Silap masa. Semalam bank holiday. Semua bank tutup. Ye ke? Sebab end of May punya cuti. Oleh itu urusan aku di bank tergendala.



Terus aku buka youtube dan layan lagu dan video clip random.







Get a life, woman!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 30, 2011

Student PhD Aku di Malaya Masih Belum Viva Lagi



Masih menunggu tarikh. Tarikh untuk viva. Seorang lagi student aku di Malaya akan viva. Dia baru email minggu lepas dan masih tiada tarikh untuk viva. Sempatkah aku hadir viva dia nanti? Belum tentu. Kerana tarikh pun belum dapat lagi. Kesian pada student aku tu. Kesian dia. Mesti dia berdebar. Sudah dua bulan tunggu. Tunggu tarikh viva. Dia sudah bersedia. Tapi bersedia macamana pun, hati tetap gundah gulana. Menunggu tarikh buatkan dia rimas. Kesian. 


Aku main supervisor. Aku memang tahu dia ni memang sangat rajin. Aku doakan dia berjaya. Tapi kalau aku tak sempat tengok viva dia, aku tetap berdebar serupa dia. Aku rasa debar aku lagi teruk dari dia ni. OK. This is not about me. This is about her. My student. Kalau dah selesai nanti, bolehlah aku tempah baju lain untuk konvo dia. Iskk, kenapa aku yang tempah baju? Sudah tentu. Aku pun susah payah juga. Jerih jadi supervisor ni.










Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Kawan Aku Kirim Benih Bunga


Mungkin aku sudah cerita sebelum ini. Kawan aku kirim benih bunga dari sini. Dia sudah pun order dan sepatutnya sampai minggu depan. Dua tiga hari sebelum aku balik Malaya. Tapi, benih bunga sudah sampai minggu lepas. Macamana ni? Di kotak benih itu tertulis mesti dibuka segera. Mungkin kerana benih itu sepatutnya ditanam terus. Iskkk. Apa aku nak buat ni? Memang akan mati benih tu. Ni belum kes nak pos dari rumah aku di Malaya ke dia di Kelantan. Arghh. Adakah aku berdosa tidak menjalankan amanah? Itu belum masuk luggage lagi.  Akan penyek jua nanti. Tolong. Ini amanah. Amanah kawan aku. Aku terasa akan dapat dosa kali ini. Dosa kerana tidak jalankan amanah dia. 




Dosa yang sedia ada pun tak termampu nak tanggung.




Sigh.










Radford Grove Lane, Notttingham yang serba salah kali ini.

***

Cuti Sekolah UK dan Malaya



Kebetulan. Tak sangka pula cuti sekolah di UK ni sama dengan di Malaya. Sama untuk seminggu ni aje. Minggu depan dah mula sekolah kembali bagi anak-anak aku di sini. Kalau cuti sekolah di Malaya, boleh pergi berkelah sana sini. Boleh pergi holiday. Boleh santai sampai pengsan. Sini? Boleh juga. Kalau nak buatlah. Bagi aku, aku cuti setahun so tak ada beza kalau cuti sekolah pun. Routine yang sama setiap hari.




Anak aku di Malaya sekolah di Uni. Jadi tak ada beza kalau cuti sekolah.









Radford Grove Lane, Nottingham.


***

Hujan Pagi di Bumi Nottingham



Of course tiada matahari. Sudah beberapa hari tiada matahari. Pagi ini hujan. Hujan yang agak renyai. Boleh nampak hujan tu turun dari tingkap sitting room aku ni. Jelas tampak titik-titik hujan itu turun. Kolam katak akan penuh dengan air hujan. Kolam perlu dikeringkan. Perlu keluarkan air hujan dari dalam kolam katak. Bila? Minggu depan. Sebelum aku pulang ke Malaya. Nanti Neil tolak pulak duit deposit sebab kolam tampak kotor. Sedangkan katak yang buat kolam itu kotor. Katak is Prince Charming England! Eh.









Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Jangan Minum Wine Merah Itu



Aku punya banyak masa. Masa yang aku buat sesuka hati aku. Lalu aku baca blog orang. Blog yang aku rasa memang menarik. Aku memang tak boleh tulis macam mereka. Kenapa? Ya, kerana aku ni orang akademik. Orang akademik tak boleh tulis sebarangan. Yerait! Bagi aku, amatlah susah untuk tulis dengan mengambil kira yang aku ni orang akademik. Ceh. Cepatlah pencen.




Aku suka makan kuaci.





Aku tidak pandai tulis perkara yang menggelikan hati. Tapi bila baca blog orang, aku boleh ketawa. Aku boleh salute pada mereka. Aku juga tidak pandai tulis cerita sedih.  


Kailan ikan masin di KMC, (Kedai Makcik ) aku sangat suka. 




Di UK yang sunyi sepi. Aku boleh imbas banyak kali. Bila aku rindu pada Mak dan Abah, aku yang termenung sejuta kali. Namun, itu semua bukan boleh aku luahkan sangat di blog ini. Tapi bila baca blog orang lain, aku boleh jadi hiba. 





Aku rindu Vista (kondo aku tu).





Lalu, blog dulu sudah aku delete. Sebab kawan baik aku sudah berpesan supaya keluarkan semua gambar yang ada dia. Aku sedih. Kawan baik aku yang lebih 25 tahun aku kenal memberi kata dua kepada aku. Aku hilang kawan demi blog. Bukan ada cerita mengenai dia pun. Aku cuma letak gambar saja. Bila tengok blog orang, ada je gambar kawan-kawan. Elok je.







Aku rindu Jonah. *wink*





Lalu aku buat kesimpulan. Blog yang menarik dan aku anggap menarik ialah blog yang bercerita mengenai orang lain. Mengutuk orang lain. Mengata. Menyumpah seranah. Mencarut. Ramai yang tulis mengenai diri sendiri dan perjalanan hidup sendiri. Mengenai travelog yang aku suka baca juga. Suka tengok gambar yang cantik-cantik. Blog yang penuh dengan gambar makanan lagi best! Mungkin aku malas masak sebab itu aku suka baca blog orang. Bukan baca tapi tengok gambar makanan je pun.






Aku akan beli banyak DVD bila balik Malaya ni.



Ada yang tulis mengenai hobi lantas besertakan gambar. Aku suka baca yang ringkas. Jika panjang sangat, aku buat speed reading tanpa meninggalkan isi kandungan tulisan tu. Tapi semua tulisan itu dianggap sebagai 'suka hatilah nak tulis apa pun' dan juga 'blog aku, suka akulah nak tulis'. Aku amat setuju dengan semua ini. Lantak kaulah nak tulis apa. 




Kalau tak suka baca tulisan orang tu, jangan baca. Senang cerita.




Kadangkala nak tulis blog ni pun macam perit rasanya. Hilang idea. Masih pegang pedoman lagi. Kalau tak ada idea tu, tak payah tulis. Letak gambar. Pastu sengih. Paling kuat pun, buka blog sendiri dan baca balik apa yang ditulis tu. Kalau masih tak reti jugak, terus delete blog sendiri. Muahhahahha! Sila gelak jahat kejap.






Aku tak sabar balik Malaya ni.





Blog ini untuk anak-anak aku dan juga untuk cucu aku. Blog dulu pun mengenai anak-anak dan  hidup aku. Mana tau aku mati esok, bolehlah juga mereka baca apa yang aku sudah lalui. Hati dan perasaan aku ketika aku menulis ini. Tapi ni pun belum tentu nasib blog ni . Mungkin akan dibuang. Mungkin tidak.  Mungkin juga ada yang tak suka lantas bagi aku surat layang. Tapi since zaman moden, aku boleh dapat email layang. Kali ini memang aku akan gelak terkekeh-kekeh lagi nanti. Suka  hati aku lah nak tulis apa sebab ni blog aku.





Since penimbang dah tiada, aku tak tahu aku ni dah berapa kilo.





Aku rasa aku belum rindukan Radford Grove Lane ni since aku ada di sini. Bila aku pulang, mungkin aku rindu. Aku kata mungkin. Belum tentu lagi. Mungkin aku tidak rindu. Mungkin aku menyampah. Mungkin aku cuba cari apa yang dikatakan menarik UK ini. Tapi of course, Limerick Ireland meninggalkan bibit-bibit ngeri buat diri aku. Aku cuma sukakan Galway dan Clair di Ireland tu, juga Dublin. Aku langsung tidak rindukan Venice dan Belgium. Mungkin kerana aku pergi masa masih winter lagi dan cuaca sangat menyengat badan aku. Mungkin penyebab utama, aku sudah tua dan tak tahan akan cuaca sejuk.




Aku suka makan di Johnny's. 





Namun aku rasa keluhan atau keyakinan diri aku terhadap kehidupan ini boleh dijadikan sebagai satu titik penghabisan diri aku. What the dell! Mana tau! Mungkin ya. Mungkin tidak. Bukan aku pandai menulis cerita yang menarik.




Aku akan puasa di Malaya tahun ini. 




Oleh itu, memang aku boleh salute pada mereka yang boleh tulis dengan baik. 





Hari ini Widad goreng cekodok pisang. Kali terakhir aku beritahu dia. Lepas ni dah tak mahu lagi cekodok di UK ni. Aku nak popia basah lepas ni. Nak popia SA Ali di pasar malam Vista. Juga apam tepung gandum. Juga nak makan nasi kerabu di Yati restoran. 







Bila nak print tiket flight balik ni?








Wine merah?



Nak mati kejung?




Nak masuk api neraka?





Nauzubillah.







Jom kita tengok kolam di bawah ini.

Ni masa winter tahun lepas. Kolam so called kolam-menternak-katak. Ya, katak England menyorok dalam kolam ini. Adakah Prince Charming katak itu? Err, maknanya aku sudah terpijak Prince Charming!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 27, 2011

Orang Tu Tak Jadi Datang



Baru kejap tadi Neil telefon. Dia cakap orang yang sepatutnya tengok rumah hari ni, tak jadi datang. Hishh, penat aku tunggu. Dalam hati, aku suka. Aku sempat tanya Neil. Kalaulah ada orang lagi nak tengok rumah! Dia terus cakap. Nope. Sebab minggu depan school break. Eh. Bukan ke Alim dah break minggu ni? Itu Alim. Academy dia tu, academy bapak sedara. So semua sekolah UK akan break minggu depan.  Alim break lagi seminggu juga sama dengan sekolah lain. Jadi, Neil tak mahu layan kalau orang nak tengok rumah bila school break. Ikut suka kaulah Neil. Janji jangan ganggu aku lagi. Aku malas buka pintu depan tu. Aku rela duduk rumah tanpa ada pintu depan. Eh. Ini Aliaa cakap. Aliaa selalu sebut Eh! Kenapa dia tu?







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 26, 2011

Wine Tasting



Monolog: Adakah perlu untuk aku post kunci opis aku ke Sandra di Uni of Leicester? Rasanya Sandra akan terima tak kalau aku masukkan kunci opis dalam sampul surat sahaja? Hilangkah nanti? Takkan nak simpan kunci ni buat kenangan kot sebab bukan ada faedah pun nak simpan kunci opis tu. Bagi tangan? Aku tak ke Leicester lagi dah sebab mengenangkan aku kena drive sendiri dan parking amatlah susah di uni itu maka aku rasa lebih baik aku postkan sahaja kunci itu. Tapi kena email dulu. Kenapa mesti risau sebab royal mail memang sepatutnya efisen. Itupun kalau postman royal mail tu tak buang semua surat dalam sungai. 


Wine tasting?


Nak mati masuk api neraka? 



Nauzubillah.








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Windstruck



Orang Korea ni memang sangatlah kreatif. Kreatif dari segi penulisan skrip serta penulisan skrin layar. Kadangkala aku kagum hingga terfikir, kalaulah aku boleh sekreatif begitu. Tapi aku cuma mampu kreatif dalam kepala hotel aku ni saja. Nak turunkan ke kertas, memang tak sempat dan tak mahu sebab aku tahu aku akan stress nanti. 

Semalam Widad tengok Windstruck. Kalau di Malaya, cerita sebegini tidak akan diluluskan oleh Filem Penapisan Malaya. So memang takkan ada cerita sebegini. So layan ajelah filem Korea ni. Bukan boleh nak percaya pun tapi saja nak bagi rasa melo seketika. 


Kalau nak tahu mengenai filem ini, silalah google. 






Radford Grove Lane, Nottingham yang agak sebak  dan Widad menangis teresak-esak di sebelah aku bila tengok filem itu!

***

Pizza Makan Dengan Rendang



Aku memang tak suka makan pizza. Sangat tidak suka. Kalau aku outing dengan anak-anak aku di Malaya, mereka suka sangat nak singgah di Pizza Hut tu. Aku yang tidak gemar akan pizza terpaksa akur walaupun aku tahu aku akan tertekan dengan makanan di situ. Bolehlah nak telan lasagnia tu kalau aku terlalu lapar tapi kalau boleh elak, aku akan elakkan. 

Tapi semalam, teringin pulak nak makan pizza. Buang tebiat ke? Kalau setakat makan pizza je, sure aku tak tertelan so aku makan dengan rendang ayam. Kira macam makan roti bakar dengan rendang. Kira Malaya lah tu. Janji pedas sikit. 

Licin licau semua pizza di makan dek Widad dan Alim semalam. 




Kata tidak pada pizza!






Radford Grove Lane, Nottingham yang sedang berfikir untuk hidang pizza bila Lurpak datang ke rumah nanti. Amacam? Boleh?

***

Aku Rimas Boleh Tak?



Sejak si tuan rumah ni aka Neil letak sign board 'House for Rent', maka sudah dua kali aku kena bukakan pintu untuk orang lain tengok rumah ni. Maknanya ada orang nak sewa rumah ni nanti setelah aku pergi. Tapi agak leceh walaupun tuan rumah ni baik tapi aku tak suka orang datang rumah aku. Bukan aku sombong. Aku cuma rimas bagai nak mati ni.


Salah satu faktor ialah, orang yang datang tu ialah orang Poland. Arghhh, nostalgia Poland sudah aku mulai lupa sejak berada di Ireland dulu dan kini datang kembali? Oh tidak, aku tak suka orang Poland yang sombong dan sangat kasar. Eh, aku sombong ke? Mereka ni boleh digelar sebagai tak sedar dek untung bila berada di negara orang. Buat macam negara sendiri. Oi, aku pun berada di negara orang jugak, taklah sampai nak buat macam negara sendiri. Sombong tak kena tempat. Pastu cakap kasar dan buat muka yang macam nak pukul orang lagi pulak tu. 

Hishhh, memang aku tak suka orang Poland. Sejak mereka ni bagi aku warning masa di Ireland telah membuatkan aku tak suka pada semua orang Poland. Ye, mereka warning aku cuma kerana hal parking kereta semasa di Ireland dulu. Terus aku menyampas. 

So, kelmarin yang datang tengok rumah Neil ni ialah orang Poland. Muka nak kena penyapulah tu. Siap jeling kat aku lagi. Aku ni perasan ke? 





Arghhhhh, aku rimas!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 25, 2011

Journal Itu Lagi



Kawan aku baru email pagi ini. Dia kata, journal yang sepatutnya terbit awal tahun ini telah ditangguh penerbitannya. Tapi journal ni dari uni yang agak ternama juga. Kerana? Ya, kerana ada hal dalaman seperti pertukaran pengarah sebanyak dua kali. Arghh, kalau tukar pengarah maknanya lambatlah lagi keluar journal itu? Apakah susah sangat hal dalaman ini untuk diselesaikan. Aku sangatlah kecewa. Kerana? Kerana, kalau tak terbit journal ini which yang aku ada satu paper disitu dan sudah pun selesai review dan cuma tunggu terbit dan seterusnya tanpa bukti terbitan ini, aku tidak boleh memohon geran lain dan dalam hati kecil aku, aku sangatlah marah which also kalau tahu hal ini berlaku, baik aku hantar ke journal lain aje. Aaaaaaah! Sila baca sekali nafas sebab kecewa sangat ni! 

Jom boikot journal itu.









Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Hari Sabtu Itu

Hari sabtu lepas. Hantar baju ke charity shop.




Singgah seketika di ASDA tapi kena ambil gambar sebelah BMW. Tapi bagi kami, BMW tu ialah kereta hijau itu. Widad and Alim.


Ni kedai untuk beli phone kad.


Kad telefon yang sudah kami beli hampir beratus pound sejak datang. Ye ke?


Sempat round di Castle Marina. Tempat kami lunch pizza satu ketika dulu.


 Merata Castle Marina.




Dah. Jom balik rumah. Penat sudah.






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Orang Tua Itu



Selang sebulan ada saja catalog dari Kleenez dimasukkan ke dalam peti surat rumah aku ni. Bukan rumah aku tapi semua rumah. Masa baru masuk rumah ni dulu ada juga catalog yang sama. Boleh order kalau berminat. Tapi kena letak semula di luar pintu rumah pada hari yang ditetapkan. So hari sabtu lepas, kami keluar.  Tiba-tiba ternampak orang tua di bawah ni. Dia sedang mengira catalog. Rupa-rupa dia ni lah empunya catalog tu. Dia bawa satu cucu kot. Tukang ambil catalog tu dari pintu rumah orang. Aku terus kesian. Hissh. Takkan nak order kot! Sebab barang dalam catalog tu agak mahal. Teringat pulak aku belum letak catalog di luar pintu rumah. Sure dia kena bayar harga catalog tu.







Terus patah balik rumah dan letak catalog di luar pintu.






Ada ke orang order agaknya? Banyak ke dia dapat dengan business cara begini. Kalau tak letak catalog tu di luar pintu, sure dia rugikan!








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Kutip Semua Sekali



Kutip. Jangan tak kutip. Jumpa pamplet je, memang kami kutip. Tujuan, nak pergi ke tempat-tempat yang best. Berguna juga semua ni. Tapi akhirnya aku buang semasa operasi mengemas dan membuang. Ada nak dekat beratus yang sudah dibuang sebelum ini. Ingat nak bawa balik tapi fikir balik, buat berat beg je nanti. Tinggalkan dalam long term memory jelah gamaknya. 








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Pagar Depan Rumah Dibuka



Setelah hampir setahun tinggal di rumah ini, akhirnya pagar depan rumah dibuka orang. Ada orang mesin rumput rupanya. Padang di kawasan kubur dan church tu telah dibuka supaya mesin rumput berupa motor tu boleh masuk. Rasanya nak suruh je orang tu mesin rumput yang setinggi dua kaki di backyard aku itu . Tapi manalah boleh nak masuk motor tu sekalikan! 

Kalau pagar dah buka, of courselah aku begitu teruja nak masuk. Sebab beberapa langkah je pun. Tapi bila masuk tu kenalah hati-hati sebab di situ memang tempat ternak tahi henjeng. Nak jalan pun kena jengket dan berhati-hati. So aku berjaya masuk dalam 20 langkah aje pun sebab dah tak sanggup nak jengket lagi dah. Masuk pun sebab nak ambil gambar. 

Ni contoh epitaph. Bayangkan aku ada tulis satu paper mengenai epitaph. Bayangkan juga bagaimana aku buat data collection tu. Aku kena pergi kubur of course. Eh, student aku yang pergi. Apa guna ada researcher kalau tak suruh pergi hingga ke kubur kan!


Jom kita masuk.



 Toleh kanan ada kubur itu.

 Jap. Tu pintu merah rumah aku. Kanaks sedang tunggu. Angin tengah kuat masa ni.


Ada dua di situ.


Ada tiga pula.


Ada banyak rupanya.


 Beberapa langkah ada lagi.


 Ni contoh epitaph. Aku nak tahu siapa yang tertanam di sini. Ada dua kah di satu liang?


Contoh kedua.




Sudah. Kami pun keluar dari situ. Susah nak jalan bila berada di sini. Bayangkan setiap petang memang ada saja orang yang akan berkelah atau keluar membawa anjing jalan. Tapi mana yang pandai tu, mereka akan kutip balik semua tahi yang henjeng mereka tinggalkan. Mana yang langsung tak kisah tu, mereka biarkan saja. Kenapa kawasan begini begitu kotor? 


Tapi still tak faham kenapa mesti berkelah di sini.




Jasper, where art thou?








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Buka Blog Maisarah



Buka blog Maisarah pagi ni. Dia letak lagu Daniel Beddingfield. If You're Not The One. Cis. Teringat masa aku tinggal di UK seorang diri. Hampir setahun. Dulu. Amat dulu. Sangat sudah lama. Anak-anak aku semua suka lagu ni. Adakah mereka suka sebab aku tinggal sorang di UK masa tu?







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 23, 2011

Birthday Muhammad 19th



Dear Abang,


Happy Birthday! Sudah 19 tahun abang tahun ni. Gambar ni aje yang ibu jumpa dalam facebook. Hadiah? Nanti ibu balik Malaysia, ibu akan peluk abang. Itulah hadiah dari ibu. Kasih sayang. Cukupkan?



Muhammad
Muhammad with Bangi Hunter



Love you loads!

Ibu






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Bulbs



Kawan aku di Malaya email aku. Dia ingin meminta pertolongan dari aku. Mohon untuk bawa barang yang dibeli di UK untuk dibawa pulang ke Malaya. Aku kata ok tapi dengan harapan janganlah berat sangat barang tu sebab barang aku pun sudah sekian banyaknya. Dia sudah pun order barangan tersebut. Bulbs and different types of seedlings. Aku susah hati kejap sebab bulbs sudah sampai dan aku sedang berfikir, macamana nak masukkan bulbs dalam luggage.


Aku susah hati hingga kini. Amanah ni! 



Camner kalau bulbs tu  terpenyek dan mati?







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Ke Charity Shop



Sabtu lepas, kami pergi ke charity shop sekali lagi. Kali ni hantar segala baju-baju dan jaket yang tidak dibawa pulang ke Malaysia. Serahkan juga 20 buku cerita yang sudah dibaca oleh Alim. Dia baca tiga je kot sebab yang lain tu dia cakap macam bosan tahap gaban! Widad cuma baca dua. Budak ni agak liat untuk baca buku cerita. So dua roller blade juga diberi bersama hanger satu plastik.

Hari ni pula, aku akan  operasi mengemas almari di dapur. Perlu buang mana patut. 



Basement perlu clearkan juga.



Aku tak suka pindah randah ni!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Saja Nak Bagi Ingat

Untuk peringatan pada diri aku.



Subuh pukul 3.50 pagi.


Malam tadi pukul 8.15 malam, matahari masih kuat menyinar.


Oleh itu, sila on kan alarm.






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Another Two Weeks Holiday


Rasanya baru je anak aku si Alim ni cuti Easter hari tu. Jumaat lepas Alim ingatkan aku yang dia akan cuti dua minggu mulai hari ni. Arghh, cuti lagi? Academy apa tu? Dah nak cuti lagi. Belajar ke? Belajar apa kalau cuti je semedang. Aku tak fahamlah. Ni barulah betul kata-kata, 'Ingat sekolah tu sekolah bapak sedara kau ke?'. Memang ikut suka bila cuti. Kolej Widad belum cuti lagi. Widad cuti minggu depan. Tengah exam GCSE boleh cuti pulak. Entah cuti apa. 

Di UK ni, kerajaan mereka ni memang tak mahu bagi student stress so dia selalu adakan break. Bagi aku, memang elok tapi yang aku rasa banyak cuti dari belajar. Bila nak pandai ni? 

Tambah yang sudah digelar academy ni, ikut suka dia je bila nak cuti. 


So now, Alim berada di rumah for two weeks. Two long weeks. Hope dia tak nag! 



Talk to the hand, Alim!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Aku Cuma Mampu Tersenyum



Jumaat lepas, sedang aku mengadap laptop aku yang usang ni, tiba-tiba blank. Terus tak boleh nak buka window. Arghhh! Mula-mula tu senyum, lepas tu tunggu Widad balik dengan harapan budak ni boleh tolong selamatkan apa yang patut. OK. Semua word document selamat dan terus di copy ke dalam portable hard drive. Desktop? Langsung tak boleh nak buka. 

Oh tidakkk! Semua gambar aku di Ireland, Italy, Belgium dan UK ada di desktop. Adakah hilang? Memang hilang dah tu! Adakah perlu pergi semula untuk ambil gambar ini semua. Kata tidak pada Italy sebab aku tak berapa gemar pada Italy. 

Terus tak berapa panik sebab kerja aku dah diselamatkan. Tiba-tiba dejavu. Macam pernah terjadi masa buat PhD tetapi kali ni, aku tidak meraung kuat. Aku cuma mampu tersenyum sebab kerja aku di sini boleh diselamatkan sedangkan masa buat PhD, semua kerja hilang terus dan aku termenung seminggu. 

Lepas seminggu baru sedar yang diri aku itu sedang mengalami krisis menjadi biol seketika. Lepas seminggu juga aku bangun kembali dan mula membuat semua writing up all over again. Amat sukar hidup pada masa itu. Still jalan ke Barcelona dan Prague sudah semestinya pergi dengan tidak mengambil kira kena buat semua writing up semula. Muahahhahah sila gelak jahat di sini!

Anyways, petang ini akan ke kedai kawan Aliaa. Son Kashef. Hmm. Dia ni kalau jumpa perempuan muda, akan dipanggil sister so kalau jumpa aku sure dipanggil ahjumma aka makcik. Biasanya dia charge 30 pound for reformat. So Widad dah tanya Kashef and buah-buahan cukuplah sebab dia tak minta bayaran pun. Baik budak tu. Bila free  tu baiklah ye!


Meh lah kita semua tengok petang ni samada aku mampu sambung senyuman ku atau pun aku harus termenung. 




Radford Grove Lane, Nottingham yang rasa macam padan muka!

***

May 20, 2011

Berjangkit Lagi



Widad baru dapat selsema semalam. Sebelum tu Alim dah ada sedikit selsema. Entah dapat dari mana. So malam tadi si Widad ni dah telan paracetamol dan masih lagi running man nose. Aku pun bagilah actifed. Sebji. Sebab aku tahu kalau dia selsema, memang akan teruk dan akan berjangkit sure kat aku lepas tu. Dan aku akan selsema selama sebulan pulak. Hishhh. So setelah dia telan actifed, aku suruh dia tidur sebab memang mengantuk makan ubat tu. Tapi herannya pagi tadi bila aku tanya, dia kata dia tak boleh tidur dan asyik terjaga selang sejam. Aku heran. Biasanya kalau dah makan ubat selsema memang akan tko. So aku pun flash back. Aku ambil ubat dari dalam plastik. Aku bagi pada dia. Aku nampak dia telan ubat tu.


Erk, aku bagi ubat apa kat dia ni? 








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Sudah Mula Bosan dan Menyampah



Aku memang sudah tahu akan perangai diri aku sendiri di mana aku akan cepat rasa bosan. Tidak. Bukan bosan pada seseorang tapi aku ni bosan terhadap aktiviti yang pada mulanya aku sangatlah suka. 

So kini, aku sudah bosan dengan facebook. Arghh, rasa nak muntah pun ada. Entah sampai bilalah bosan aku terhadap facebook ni akan hilang. Tidak. Bukan nak buang terus. Tapi, dulu pernah sekali aku deactivate facebook selama setahun dan lepas tu agaknya tergerak hati semula maka aku join semula. 

Serupalah dengan Twitter. Ya. Aku join twitter ok. Tak mahu kalah dengan teknologi. Tapi twitter tu cuma bertahan seminggu je kot sebab lepas tu twitter aku kena hack. Betul. Memang boleh hack twitter aku tu. So aku buang terus twitter. 

Now, aku cuma ada blog. Aku pun kurang pasti sampai bila aku mampu bertahan dengan blog ini. Sebenarnya blog ni baru lagi. Sebab aku sudah bosan dengan blog lama maka aku buang terus dan buat baru. 

Email? Mesti ada. Kalau tidak macamana aku nak tahu ada meeting jabatan atau meeting fakulti atau pun mana aku nak tahu jika ada sale merata Malaysia. Email sahaja yang mampu bertahan dalam rutin kehidupan aku yang mula sudah samar ni!



Aaah, agaknya aku sudah hampir ke akhir perasaan!









Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 19, 2011

Sweet Potato



Lunch hari ini, makan sweet potato bakar. Kalau lapar lagi lepas makan sweet potato tu, silalah makan bagel. Sekian.








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Jom Tengok Rumah Aku di Radford Grove Lane

Aku takut aku lupa yang aku tinggal di rumah ini sekarang. Tak lama lagi, memang aku akan tinggalkan rumah ini.

Dapur yang sentiasa berasap. Kata rajin!

Betul-betul sebelah dapur. Aku buat sitting room sebab senang nak cari makan. Eh

Living room yang aku jarang guna. Memang kosong. Tempat lalu lalang ke atas. Fire place tu aku guna juga masa winter.

Living room dari sudut lain. Tingkat tu menghadap ke luar dan boleh nampak kawasan kubur. Hmm

Almari tempat simpan baju Alim. Di living room

Masih living room. Tingkat menghadap kubur tadi. Pintu tu untuk naik ke tingkat atas dan ada lagi satu pintu ke luar rumah

Pintu yang dari living room tu. Nampak tangga itu. Tangga naik ke atas. Sebelah kiri tu pintu ke luar. Sila ambil surat. Posman akan masukkan surat melalui pintu keluar tu.

Tangga naik ke atas rumah. Ada 12 anak tangga kesemuanya. Ya. Aku kira. Dah berjuta anak tangga aku naik dah ni.

Ni dari atas tangga. Saja nak bagi nampak tempat surat tu. Kalau winter, tempat surat ni sejuk bukan main. So kena letak kertas bagi jangan masuk angin sejuk tu.

Pintu keluar tadi. Sila sangkut jaket di kanan itu.

Ni pintu dari dapur ke living room. Kanan tu pintu ke mini basement. Bukan basement besar pun. Kecik je, untuk simpan barang. Basement memang turun ke bawah sikit. Kena ambil gambar basement ni. Ala-ala bawah tanah gitu.

Eh, kenapalah tak tersusun gambar ni. Ni gambar di sitting room sebelah kitchen tadi. Heater di dinding tu berguna masa winter sahaja. Lepas tu bil letrik tinggi melambung. Boleh pengsan bayar.

Ni sudah di luar. Pintu luar untuk masuk ke dapur.

Bilik aku. Pine set.

Sebelah katil aku, air bed Widad dan lepas tu jadi tempat Alim

Bilik aku lagi. Sebelah tempat tidur Alim ada cermin besar. Tempat Widad  picit jerawat dia.

Bilik aku lagi. Tingkap yang amat berjasa sebab boleh lambai Jasper setiap malam.


Asalnya bilik Aliaa dan now bilik Widad. Tiada meja so guna kotak untuk buat kerja dia. Tingkap menghadap backyard yang semak itu.

Meja laptop dari pine. eh

Dari pintu bilik Widad. Kanan tu pintu ke toilet. Kiri tu pintu ke bilik aku. Terus tu turun tangga ke bawah. Baldi tu untuk basuh kain. No washing machine, mind you!

Hala ke bilik aku. Tingkap lagi satu dalam bilik aku. Ya. Still menghala ke kubur.

Dari atas menghala ke pintu keluar.
Pintu rumah aku. Rumah aku je ada pintu warna merah. Memang tak akan sesat punyalah. Tingkap kanan tu tingkap dari living room tadi. Patutnya ambil gambar seluruh rumahkan!Eh, ni Widad with her wellington boots!


Nilah pagar depan rumah aku. Pagar untuk masuk ke kawasan kubur. 15 langkah dari pintu rumah aku je pun.




Dah sekian. Nanti aku kena ambil gambar toilet sebab macam tak ada pun. Toilet di rumah aku ni sebesar bilik Widad. Boleh main batu seremban di dalam itu.


Lupa nak bagi tau, rumah ni cuma ada basic needs sahaja. Aku memang tak beli apa pun untuk rumah ni since kalau aku beli, mana nak campakkan bila aku balik Malaysia. So aku terima apa yang diberi oleh tuan rumah. Sebab tulah tak ada dining table atau sofa set di living room. Suka tuan rumah tu sebab rumah ni terjaga dan carpet tak rosak. 





Nanti aku tunjuk gambar rumah aku di Ireland pulak ye. 











Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Pain In The Neck


Istilah yang selalu aku guna dan pakai ni barulah mengena semalam. Betul. Aku dah tiga hari sakit di tengkuk dan berhampiran dengan kepala. Kalau ikutkan, bila aku ada high blood, aku rasa sakit di situ. So since semalam aku punya bahu sakit hingga ke seluruh tangan kanan which yang aku rasa ada kena mengena dengan pain in the neck tu, aku pun telan dua painkiller yang biasa aku telan dan telan lagi dua biji pain killer lain. Hambik kau. Nak dekat 2000mg of pain killer ler gamaknya sekali gus. 

Pheww, nasib baik aku dapat bangun pagi ni. Kalau tidak memang dah qolu. Aku ni bab makan ubat memang rajin tapi terlebih rajin dan kekadang terover dose all the time. Itulah nasib baik aku bukan medical doctor, kalau tidak semua patient aku dah mati dek overdose. Actually taklah overdose sangat malam semalam pun tapi kalau buat selalu akan meninggallah jawabnya. Maknanya ambik ubat tu setiap 4 jam dan ambil 2000mg of those thing akan buatkan aku terus tidur dan tak bangun lagi dah. 


Kalau pergi ke klinik di sini pun, doctor akan bagi pain killer juga pun. Lagi pun kawan aku yang medical doctor cakap pada aku tadi, tak apa telan 2000mg of pain killer tu. Dia cakap, kalau nak buat selalu pun ok. Tapi kena bagi segala harta kat dia dulu. 




So, am I a drug addict?









Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Cara Untuk Guna Laptop Dengan Lebih Berkesan!



Jika laptop terletak satu kaki jauhnya dari kita, bolehlah kita guna tumit kaki untuk tekan 'enter'.





Heh?






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 18, 2011

Kenapa Awal?



Since aku tinggal sorang di rumah ni, aku sudah pun masak baru kejap tadi. Tapi of courselah lepas masak tu aku kena makan terus sebab masih panas lagi. Ayam masak halia, telur mata kerbau dan 8 biji cherry tomato. Dalam sekelip mata, sekian aku makan. Now what? Sambung dengar lagu. Belum. Zuhur belum masuk lagi ni. Beza zuhur dan asar sangatlah jauh. Zuhur pukul 1.10 tenghari dan asar pukul 6.15petang. Ya. Memang boleh pergi London dan patah balik ke service station baru masuk asar tu. 

Memang gelap sangat lambat sekarang ni. Ya. Siang lebih lama dari malam. Kalau pukul 9 malam masih boleh tengok di kawasan kubur depan rumah aku lagi. Masih tak seram lagi sebab cerah. Tapi kalau pukul 12 malam, memang aku yang sedia ada penakut ni, takkan buka langsir untuk intai Jasper. Biar handsome macamana Jasper tu, aku tetap tak mahu buka langsir dan intai. Tak mahu tunjuk lagak berani. Memang tak berani ye.




Bukan apa, aku takut aku akan ikut Jasper!










Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Widad

Hari ni Widad exam English Literature.








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Keluhan Demi Keluhan



Malam tadi aku memang tak boleh tidur. Bahu aku sakit bagai dihentak-hentak dengan batu dan sakit bukan main-main. Sempat pula bila aku terjaga tu aku siap mengeluh kuat lagi. 'Kenapa sakit sangat ni?'. Kok ye pun, makanlah ubatkan. Nak mengeluh tu buat apa. Bukan boleh tolong apa pun. Actually malas nak turun bawah ambil pain killer yang berdozen-dozen dari Malaysia tu. Bila dah pagi ni teringat yang aku mengeluh kuat malam tadi dan keluhan yang tiada faedah apa pun sebab bukan hilang sakit tu pun hingga ke pagi. 


Moral of the story? 




Tiada.






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Apa Guna Youtube Ni!



Nasib baik ada Youtube. Boleh juga aku dengar balik lagu-lagu zaman aku sekolah dan kolej dulu. Nostalgia? Tak langsung. Aku cuma suka dengar je. How innocent tampak semua penyanyi zaman dulukan! Taklah macam Justin Bieber. Arghh, please no offence to all the fans, aku memang tak suka budak kecik ni. Actually bukan pasal lagu dia, tapi aku tak tahan dengan rambut dia. Whats with the hair for crying out loud! Sila guna sepit rambut mengerlip tu supaya rambut nampak lebih tak serabai. 

Lagu M.Nasir dengan Yunizar Hussein memang very the class. Di hari persandingan Mu. Tak ada motif lagu ni untuk aku tapi aku suka M. Nasir. Ok fine, rambut dia bukan macam Justine Bieber tu. Walaupun rambut dia rupa gitu dari muda ke tua tapi I heart you, M. Nasir! Tidak lupa pada Kenny, Remy Martin dengan banyak lagu-lagu best. Kenapa semua penyanyi lelaki? Eh, aku suka Feminin apa! Suka satu lagu je pun. Lagu UntukMu. Eh, Ideal sisters pun aku suka juga heh. Lagu Hanya Sekali. 

Aku suka lagu Melayu ok. Tapi penyanyi lama lebih ramai dari penyanyi yang baru-baru tapi aku tak lupa Faizal Tahir. Sila jadi superman sekarang! Aku suka Nora yang sangat lemah lembut itu. Aku suka jugak lagu Ajai dengan Kris Dayanti tu. Hati Ini Telah dilukai.  Teringat dengar lagu ni masa di UK tahun 2000. Hishhhh! Nostalgia ke? Na' ah!


Aku kena get a life betul-betul hari ni!








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

May 16, 2011

Aku Still Pergi Sekolah!




Aku pergi juga ke sekolah hokey! Jangan kata aku tak pergi tapi yang sebenarnya aku memang pergi. Tapi tidaklah selalu. Aku kan staff uni ni! Selebihnya kerja dari rumah ye!



Whats with the bangs? Actually dah elok bangs tu dalam hood, tapi angin ye, John!




Apakah nama bunga itu?



 Apakah? Angin tiup tu. Sejuks!



  Sepanjang jalan uni aku tu. Uni aku ke?


Jalan lurus aje. Kiri kanan adalah school untuk uni ini!










Tiba-tiba...




Budak Widad ni ikut aku pergi sekolah. So saranghei sangatlah dia tu!








Jejak kaki di menara gading. Rasanya dah lunyai jalan tu Widad pijak. Sila mengaji elok-elok supaya masuk uni juga ye!


aku ada kunci opis dan name tag staff! yay


Ni opis aku. Aku sorang je dalam opis ni. No kongsi-kongsi heh!





Ye, aku memang pergi sekolah. Ada sikit percaya? Sila jangan sangat!












Radford Grove Lane, Nottingham.

***