August 17, 2010

Tukar duit -10

Limerick, Ireland

Recapping.

16 August.

Aku tak boleh nak tukar duit. Di sini, mereka tak boleh terima duit besar. Aku ada banyak duit 500 euro. Maksud aku sekeping 500 euro. Ada beberapa keping. Orang sini tak nak terima duit sebesar tu. 100 euro pun tak mahu. Even 50 euro pun mereka tolak. Kena guna 20 euro. Mana ada banyak duit kecil begitu. So aku ke bank. Tiga bank masuk untuk cuma tukar duit. Mereka tak bagi tukar duit kecuali ada bank akaun di situ. Aku rasa nak hempuk kat mereka je, sebab manalah ada akaun kalau baru tiba sehari. 

Esok kena ke Universiti untuk buka akaun. Kalau tak, siapa pulak nak duit 500 euro ni.