Limerick, Ireland.
Tulisan ini ditulis sekitar tahun lepas. Masa tu obses tengok movie. Sekarang pun obses jugak.
Entah kenapa tergerak hati aku untuk menonton cerita ini. Sudah lama aku membelinya tetapi tak berkesempatan untuk menontonnya. Memang menyentuh hati. Betapa sayangnya suami kepada isteri dan isteri kepada suami. Pada awal cerita, gerry mati akibat cancer otak. Tinggallah Holly untuk mengumpul kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Memang sedih kerana gerry telah meninggalkan surat dan nota yang akan diterima oleh Holly pada setiap hari. Holly menunggu dengan sabar tanpa mengetahui yang surat itu adalah dihantar oleh ibu Holly sendiri. Ibu Holly telah berjanji pada Gerry untuk berbuat demikian setelah kematiannya. Satu cerita yang amat menarik dan dapat menyentuh perasaan aku terutamanya kerana keadaan yang teratur yang disediakan oleh Gerry kepada Holly. Kasih sayang yang amat besar. Yang pasti sedih cerita ini. Yang lebih utama ialah aku sudah jatuh cinta pada Ireland negara asal Gerry dan William. Nampak gaya aku akan ke sana untuk sebatical tahun depan. Ingin melihat kawasan yang indah dan suasana yang tenang.
Filem ni boleh dapat 5 bintang untuk cerita sedih dan romantik.