Limerick, Ireland.
Seperti semalam, Along dan Widad pergi ke Universiti untuk upload movies untuk Alim. Aku kat rumah bersama Alim. Alim tertidur di couch. Rasa macam masa berjalan terlalu perlahan. Macam slow motion je aku bergerak. Sementara aku masak di dapur (lauk lebur dalam periuk dan tunggu menggelegak) aku pun bermain dengan laptop ni sambil menunggu line broadband ni clear. Kain yang Along sidai kat luar dah sure kering dek matahari yang cuma menyinar seketika. Jadilah. Dryer? Well, kalau perlu baru pakai. Jimat letrik. Lagi pun tshirt aku semuanya habis bahagian kolar sebab dryer memang dah rosakkan. So, aku pakai jua tshirt tu walaupun herot di mata ramai. Peduli haper aku! Baju aku.
Opps, Alim dah bangun. Aku selimutkan dia tadi dengan robe aku and now dia selimutkan aku balik. Auwww, that is so sweet. 'Honey, go and wash your face. You look hideous!'.