Limerick, Ireland.
Memang ada yang nak kena penyepak aku ni kang. Aku baru beli kereta. So parking betul-betul depan rumah aku ni. Of courselah tak ada tulis nama parking untuk siapa pun. So orang sebelah ni keluar pepagi sebab nak cakap dengan aku. Dan sudah tentu dia tak pandai bahasa Inggeris (macamlah aku ni pandai sangat!). Dia cakap, depan ni tempat parking dia dan dua orang lagi di sini sebab dia dah berada di rumah ni tiga tahun. Aku pun agak marah di situ. Aku pun cakap, 'I live here, so meaning, this is also my parking space.'
Si ***** ni boleh jawab, 'No, this is our parking space because we have been using these space for years,'. Aku pun cakap, 'This is not fair isn't it. I live here and I cannot park here,' aku sengih perli dan boleh dia jawab, 'Yes.'. Rupa-rupanya ***** tu tak tahu cakap bahasa Inggeris.
Sekian. Aku akan bakar kereta BMW dia malam kang!
Kepada pembaca, maaf kerana bahasa kasar.