August 17, 2010

The Journey -4

On the way to London.

Recapping.

15 August.

Aku ni memang stress kalau flight lama. Ikutkan 11 jam 50 minit untuk sampai ke London. Tapi oleh kerana banyak sangat turbulance and kena berlegar-legar di udara London sebab traffic, kami sampai hampir 13 jam. Kematu punggung aku ok! Badan dah sakit-sakit. Tapi yang penting, aku dah telan Xanax. Huahuahuah. Aku bukan drug addict ok tapi aku kena telan ubat bagi mengelakkan dari lebih teruk perasaan dalam flight. Kalau aku pergi conference pun aku akan telan ubat jugak. Nak turbulance ke, orang lalu lalang ke, aku tak peduli. Aku akan tidur hingga lagi dua jam nak sampai. 

Pramugari tu siap tanya aku lagi, raya kat mana and all. Just to be nice kot! Anyways, dalam flight to 90% bukan orang Malaysia. Yang Melayu cuma beberapa kerat je termasuk kami semua. So ada perhatian pada kami. Or kami perasan!!!