Dublin, Ireland.
Recapping.
Recapping.
15 August (tarikh dan masa di London)
Syukur. Selamat sampai. Touched down kat London at 4pm. Hari yang sama. Maksud aku 15 August petang. Memang cerah. Agak panas. Ceh. Agak sejuk tapi masih boleh bertahan dengan t-shirt sehelai. Terus ke connecting flight. Punyalah jauh kena jalan. Masa ni rindukan KLIA yang sangat advance in terms of everything.
Sampai di immigration sedangkan kami bukan nak ke London pun, kami kena hulurkan passport dan of course kena tahan. Argghhh, di situ saja sejam setengah. Sedangkan flight kami ke Ireland pukul 6.40pm. So kena interview pelbagai soalan. Oleh kerana aku dah telan Xanax, so aku agak calm sedikit. Hmm, bukan calm tapi macam stone. Hahahahhaha. Am not a drug addict kalau setakat ambil Xanax! By the way, memang aku tampak relax and calm sebab tu ler pihak immigration tu hairan tengok aku tak panick walaupun secebis.
Semua document dah diberi tapi masih tak lepas juga. Alasan, tiada tulis yang aku bawa anak-anak. Ketat sungguh peraturan mereka. Aku terpaksa akur dan berdiam diri. Setelah mereka membuat panggilan ke Ireland dan juga panggilan ke orang atasan, aku diberi juga pelepasan. Mungkin sebab aku dilihat sebagai seorang tua (ni yang nak marah ni), dan bukan sebagai seorang pelarian yang pergi ke Ireland dan tak kembali. Hmm, they really don't know me, aite!!!.
So, lepas di situ, kena ambil gambar di kaunter lain pula. Of course muka serabut setelah flight yang panjang. Oleh kerana kena tahan lama, kami kena berjalan cepat ke flight lagi satu. Yap, 25 minit perjalanan cepat ke transfer flight BMI. Sakit kaki aku ye encik! Nasib baik hand luggage anak-anak aku yang bawa. Masa ni, kalau bawa Maisa, Muhammad, Aiman, Miza dan Lana sure lagi aku senang sebab pouch aku pun mereka akan bawa. (Miss them already!).
Naik flight macam rupa Air Asia. Of course belakang sekali dan berpecah kami semua kecuali aku dan Alim je yang berdua. Aku tidur kejap sebab dah rasa lain macam. 2 jam perjalanan yang agak membosankan sebab seat yang kecil dan tak boleh nak luruskan kaki.
Pramugari pulak asyik berbual sesama dia di belakang aku dengan suara yang sememangnya high pitch. Memang rasa nak lempang mereka je sebab aku nak tidur ni woiii.