Limerick, Ireland.
Semalam beli buku sekolah dan baju sekolah Alim. Bukan boleh beli kat sebarangan kedai, cuma ada satu kedai sahaja yang jual baju sekolah bersama dengan lencana. So kami pun menghala ke city dan beli. Baju saja 100 euro. Tapi ok jugalah murah berbanding Widad punya baju sekolah merangkap baju raya tiga tahun. hehehe. So, since baju sekolah Alim tak mahal, dia tak perlu pakai baju tu untuk raya. Beli buku sekolah Alim dan semuanya 100 euro juga. Balik rumah, Alim dah excited. Dia kemas beg. By the way, aku dah jumpa headteacher Alim. Dia pesan, kena bawa lunch sendiri dan pastikan bawa balik sampah dari lunch tu balik rumah. Memang jaga environment sekolah betul ni. Kat sekolah tak ada kantin. So bawa bekal ler gamaknya. Cokelat dan any junk food tidak dibenarkan bawa ke sekolah (bad news, Alim). Memang strict. Makanan pulak tak boleh yang berbau. So no mee hoon goreng or nasi lemak or anything from Malaysia. Akan buat sandwich je. With fruits and juice pun kena tapis dulu. No carbonated drinks.
Pandai awaklah Alim, sediakan sendiri masa sebelum pergi sekolah nanti.