August 17, 2010

Check-in -2

KLIA.

Recapping.

Ahad 15 August

Kami sampai awal. Sesampai terus check-in. Kena tahan kat bahagian check-in pun nak dekat sejam. Macam-macam soalan orang di kaunter tu tanya. Kenapa payah sangat ni? Aku keluarkan segala surat-menyurat dan akhir sekali aku keluarkan sebeban passport lama aku dan anak-anak aku. Adalah nak dekat 15 passport. Haa, hambek kau. Barulah dia orang percaya yang aku dan anak-anak aku ni pernah keluar negara dan PULANG. Hmm, rupa-rupanya dia orang takut kami ni jadi imigran. Pergi dan takkan kembali! So bila dah puas hati, beg pun ditimbang. Of course terlebih berat. Nasib baik, aku ni pandai merayu, lepaslah lebih muatan tu. Oleh kerana di kaunter sahaja dah sejam, aku sakit kaki. Arghhh, belum bertolak dah sakit.

Ramai kawan Along datang sebab Along pergi lama. PhD. Kawan aku? Nope, sorang pun tak ada, sebab aku tak bagi tau pada sesiapa pun aku pergi hari Ahad lepas. Aku duduk atas lantai (sebab kerusi semua penuh) sementara tunggu masa. 

Goodbyes memang aku tak suka. Aku cuma terkilan tidak bawa anak-anak aku yang lain seperti dulu. Maisa, Muhammad, Aiman, Miza dan cucu aku Lana sepatutnya berada bersama aku. Duduk bawah ketiak aku barulah aku boleh hidup dengan lebih bagus di sini.

Meanwhile, dua documentary aku sedang berjalan. Sambil tunggu sambil shoot untuk both.