August 17, 2010

KLIA dan Flight -3

KLIA.

Recapping.

15 August.

Dah masuk ke dalam airport tu, apa lagi, cuci mata ler gamaknya. Memang tak tahan bila tengok, sebab semua aku nak beli. Chocolate (sila drool) dan of course perfume. Macam tak ada kat luar sana! Tapi kami dah terlambat sebenarnya, so terus naik train dan ke C17. Terus boarding sebab memang kami terlambat. Bukan pasal nak shopping ok, tapi memang kami ni pandai bermain dengan masa. Huahuahua. What the!!!! 

Tempat duduk paling last sekali. Opps, second last. Yang last tu, tempat the air hostess! Tapi sampai sudah tak ada orang duduk situ pun. Kalau tau, baik aku tidur baring di situ.

Tempat duduk kena split. Aku duduk dengan Alim berdua sahaja berhampiran dengan tingkap. Kanak-kanak lain, duduk di baris lain. Second last juga tapi jauh sedikit dari kami. Tak apa, janji aku boleh nampak dari jauh. Dah boleh ketuk kepala Widad kalau dia asyik cari budak lelaki Korea.