Tepat jam 5 petang, aku terus matikan aircond dan tutup lampu. Aku kunci pintu dari dalam dan keluar. Sebelum keluar, aku berhenti seketika. Aku berdiri sambil melihat ke kiri bilik aku, meja yang bersih, dua printer, satu pc and satu kotak surat yang aku baru buat sendiri. Kotak surat ni diletakkan di sini supaya Maisa boleh letak semua surat dari office. Sebelah meja ofis, ku lihat satu meja kecil dan printer besar di atasnya. Hmmm, aku lupa nak offkan printer besar tu. Biarkanlah. Nanti Maisa akan offkan.
Sebelah meja kecil, sofa ala Cleopatra berwarna merah. Sudah tersusun dua kusyen. Belakang sofa Cleopatra, almari buku yang tinggi melanjung. Kemas sungguh aku susun buku-buku tu. Sebelah almari buku, aku lihat TV yang penuh dengan habuk. Hmm, Maisa, sila lap nanti. Atas TV ada 6 buku yang aku buat sendal untuk arial TV aku tu. Masih di situ. Sebelah TV tu, iaitu sebelah kanan jika masuk ke office aku ni, almari buku lagi. Terus terang dikatakan, tak tersusun berbanding dengan almari tadi. Aku cuba susun tapi macam tak berjaya. Sebab itulah, aku cuma susun dengan rapi buku di almari sebelah sahaja.
Well, almari yang sedikit berselerak tu, kalau dilihat sekali memang bersepah, kalau dilihat dua kali, memang bersepah jugak. Atas almari tu, aku lihat banyak tupperware yang masih dalam plastik. Well, aku ni, memang kesiankan orang. Kalau ada je orang datang jual, aku akan beli. Hinggakan melanjung tupperware dalam office. Bawa balik rumah? Sangat tak boleh, sebab kat rumah pun memang banyak.
Hmm, aku mengeluh kecil. Tak apa, janji tikar buluh aku masih utuh di lantai tu. Ada tiga stool IKEA untuk pelajar aku duduk. Sengaja aku susun di tepi supaya nampak lebih luas bilik ni. Tapi biasanya kalau aku suruh student berkumpul dalam office aku, memang muat 15 orang sekali gus. Cuma kalau kentut, semua orang akan pengsan seketika sebab sempit. Kerusi aku je yang besar. Opps, lupa, ada satu cermin besar di sebelah almari yang kurang kemas tu. Cermin tu untuk aku tengok lip gloss aku betul ke tidak letaknya. Ada tong sampah kecil di bawah bersama dengan kotak kosong supaya kalau anak-anak aku singgah office, kasut atau selipar mereka akan diletakkan di situ. Ada penyapu dan juga payung di belakang pintu. Aku sapu sendiri bilik aku, mind you!
Setengah jam aku berdiri di luar pintu sambil melihat ke dalam office aku. Aku terfikir, aku tak pernah buat begini. Nak ada perasaan tengok bilik sendiri pulak. Weird! Terasa macam drama queen. Lantas, bila dah tersedar dari lamunan di hadapan pintu, aku pun terus tutup pintu dan berjalan ke arah kereta.
'Jum Along, kita ke Johnny's'.