August 20, 2010

Salah - 30

Limerick, Ireland.

Betul kata AKAB dalam salah satu post dia (dah lupa yang mana satu). Apa yang kita tulis mungkin disalah ertikan oleh pembaca justeru pembaca akan berasa marah, benci dan paling penting post yang lucu jadi huru hara. Mungkin tulisan aku ini pun ramai pembaca tidak suka. Perlu ke aku kisah? Sedangkan apa yang diceritakan adalah perihal aku dan anak-anak aku. Aku dan kehidupan aku dulu dan sekarang. Aku dan persekitaran. Aku yang ingin membuka mata orang lain bahawa aku ini adalah manusia biasa yang kerap buat kesilapan. Sigh, letih!