August 31, 2010

Rindu - 84



Limerick, Ireland.

Aku rindu pada Maisa, Muhammad, Aiman, Miza dan cucu aku Lana. Sigh!

Sabrina - 83



Limerick, Ireland.

Marathon- Sabrina the Teenage Witch dari pagi. Best jugak. Dah tak ada TV, so telan je semua cerita lama!


Gambar - 82



Limerick, Ireland.

Ada gambar Pat, ayam Nandos yang aku masak serta Widad dan Along upload video kat student centre/union di University of Limerick.

Sila klik di sini.


Alim- 81



Limerick, Ireland.

Today, hari pertama sekolah untuk Alim dan Widad. Widad jalan kaki ke sekolah. Adalah nak dekat satu kilometer kot. Aku tak hantar sebab dia kena belajar sebab kalau aku dah start kerja nanti, payah kena berhantar dan berjemput.

Aku hantar Alim pagi tadi. Jalan kaki je. Lebih kurang 10 minit berjalan. Sampai sekolah, ramai ibu bapa di ruang menunggu. Of course yang baru register dalam year 1 dan reception, muka syahdu. Tapi si Alim ni nampak relax je. Dia punyalah berani, cari head teacher dan tanya mana kelas. Aku berdiri kat tepi tu je. Teringat masa aku mengajar di UK dulu. Ibu bapa akan pandang cikgu macam nak telan. Tapi aku taklah nak telan cikgu Alim. 

Alim introduce diri dia kat semua kawan baru. Aku terpaksa beredar sebab pandangan mata dia seperti menyatakan, 'Mum, go home please'. Aku tau, dia mesti malu aku ada sebab parents kawan baru dia semuanya hantar kat pintu luar je. Aku hantar sampai pintu kelas. 'Okay fine, Alim. Am leaving,' I was thinking aloud. 

Dah besar anak aku. Am proud of you, my honey!

August 30, 2010

Jiran - 80



Limerick, Ireland.

Ahad pagi kelmarin, ada tiga orang jiran aku (selang satu pintu) sedang mabuk dan masih lagi minum, berdiri betul-betul di hadapan rumah aku. Aku boleh nampak mereka di luar tapi mereka tak boleh nampak aku di dalam sebab langsir aku lace. So nampaklah adegan mabuk dan membaling basikal yang sedia ada di luar rumah aku tu. Dahlah dibalingnya basikal tu, dia jerit-jerit sambil ketawa. Bila dah buat sepah kat depan rumah aku tu, mereka bertiga beredar. 

Aku takut nak keluar. Mereka masih berada di rumah tu. So kebetulan pulak jiran hadapan rumah aku ni, seorang lelaki tua yang bernama 'Pat' telah buka pintu, jalan ke arah rumah aku, angkat basikal tersebut dan susun kembali ke tempat asal. Selesai berbuat demikian, dia terus masuk rumah. Dia sendiri pun takut dengan mereka bertiga tu. Tapi aku tabik 'Pat', dia jaga kami ni. 

Aku bukan terkilan pasal mabuk tu, tapi aku terkilan sebab dia kacau harta orang lain walaupun basikal tu bukan aku yang punya.

Tapi yang penting, 'Hidup Pat'

(Kami cuba meneka nama sebenar Pat. Patrick? Paterson?)

Bakar - 79



Limerick, Ireland.

Sementara tunggu nak buka, which yang ada lagi 6 jam, aku pun bersihkan pendiang. Biasanya aku akan sapu dan kaut semua abu arang tu selang dua hari. Tapi semalam lupa. So dah tiga hari punya abu. Taklah banyak. Aku berus corong ke arah chimney. Mana yang sampai dek tangan aku yang pendek ni. Sudah pasti, tangan berubah warna. Kalau tak kaut abu tu, api susah hidup sebab tak ada ruang udara di bawah nanti. Yup, sebungkus besar abu dah dikaut.

 Sila buang.

Ayam- 78



Limerick, Ireland.

Aku belum mula kerja lagi. Aku mula hari Rabu. 1 September 2010. So hari ni, keluar lagi. Pergi Garda. Selesaikan masalah. Sudah selesai. Balik singgah kedai Pakistan. Beli chicken leg. Kononnya nak masak ayam Nandos. Pandai ke aku? Cuba. Lemon and Herbs. Tapi lemon lupa beli. Kicap and herbs kot. So nak marinate. Tunggu masuk oven je. Aku cakap kat anak-anak aku, 'Kalau tak jadi ayam tu, diam sudah!'.


Examiner - 77



Limerick, Ireland.

Baru email pada fakulti untuk senarai cadangan examiner for my PhD student yang dah  siap tesisnya sebelum aku datang sini. Hopefully lulus senarai nama yang aku cadangkan tu. Kalau tidak kena perah otak lagi untuk fikirkan siapa yang layak. Payah juga jadi supervisor ni. Aku bagi dua plan. Kalau Plan A tak jadi, Plan B dah tersedia. Kalau kedua-dua plan tak jadi, pening aku.


Ateh - 76



Limerick, Ireland.

Abang aku Ateh baru je hantar message dalam inbox facebook aku. Aku tak sangka dia pun ada facebook. So, dia memang nak datang jenguk aku di sini. Dulu masa aku di UK, dia datang the whole family sebelum round Europe. Lagi pun UK, memang tempat dia belajar dulu. Way way back in the 70s and 80s. Best jugak dia nak datang. For your info, Ateh ni one year older than me. Dia duduk asrama since sekolah menengah lagi, terus ke UK buat degree, terus ke Jepun dan balik Malaysia terus kawin. Hmmm, is he really my brother?

Alim - 75



Limerick, Ireland.

Seperti semalam, Along dan Widad pergi ke Universiti untuk upload movies untuk Alim. Aku kat rumah bersama Alim. Alim tertidur di couch. Rasa macam masa berjalan terlalu perlahan. Macam slow motion je aku bergerak. Sementara aku masak di dapur (lauk lebur dalam periuk dan tunggu menggelegak) aku pun bermain dengan laptop ni sambil menunggu line broadband ni clear. Kain yang Along sidai kat luar dah sure kering dek matahari yang cuma menyinar seketika. Jadilah. Dryer? Well, kalau perlu baru pakai. Jimat letrik. Lagi pun tshirt aku semuanya habis bahagian kolar sebab dryer memang dah rosakkan. So, aku pakai jua tshirt tu walaupun herot di mata ramai. Peduli haper aku! Baju aku.

Opps, Alim dah bangun. Aku selimutkan dia tadi dengan robe aku and now dia selimutkan aku balik. Auwww, that is so sweet. 'Honey, go and wash your face. You look hideous!'.


Blog - 74



Limerick, Ireland.

Saja nak cerita. Sebenarnya post aku ada banyak. Aku mula menulis pun bukan tahun 2009 tapi awal lagi dari tarikh tu. Ini semua gara-gara peristiwa hacker yang sayang kat aku justeru aku harus simpan saja buat kenangan. Kadangkala aku baca balik dan teliti, tak ada apa yang salah. Mungkin hacker tu perasan. Lantaklah kau! Moga kau masuk neraka bersama aku! Nauzubillah, aku tak mahu masuk neraka gara-gara blog ni je. Ada juga kebaikan aku di sana sini. Tak percaya tanya orang yang kenal aku walaupun aku ni bukan seorang yang suka berbual mesra atau pun yang pandai segala.

Archive - 73



Limerick, Ireland.

Oleh kerana aku tersangatlah banyak masa yang terluang di hari Ahad ni, aku pun tambahlah archive di belah kanan blog aku. Baru aku perasan yang bulan September 2009, aku sangat suka menulis. Aku hairan juga. So aku pun baca balik. Aku sendiri boleh gelak sebab aku tak tahu pun aku boleh tulis sebegitu. Jadi, kalau yang sangat pelik tu, bukan aku yang tulis. hahahha. Jangan percaya sangat tulisan aku tu.

August 29, 2010

Lagi - 72



Limerick, Ireland.

Aku mula dengan "I Write Becoz' I Feel Like It", 

tukar ke "Whatever!" 

tukar ke "Me Laikey", 

tukar ke "Obsession, Mood and Temperament",

tukar lagi ke "This and That".

Lepas ni sure tukar ke "Ikut Suka Akulah".


Ahad- 71



Limerick, Ireland.

Suasana memang sepi hari ni. Ahad. Semua orang tidur lagi kot. Aku pula, sememangnya automatic tak boleh nak lelap since tiba di sini. Belum adapt lagi kot. Am not complaining. Am still adapting.

Aktiviti hari Ahad. Update blog with slow internet connection. Tengok buku Argos sambil lipat pages yang hingin beli. Tengok movies yang sudah diupload semalam. Tengok muka anak-anak aku. Tengok lagi muka anak-anak aku. Buat action plan for the next meeting with my co-researcher. Thinking aloud 'Nak masak apa hari ini?'. Petang at 6pm, kena bakar arang. Hidupkan api di pendiang. Jimat letrik. 

Malam tadi, 4 darjah. Sejuk beku. Dalam bilik tak ada pendiang.

Lambat betul nak berbuka hari ni. Baru pukul 9 pagi and yet buka puasa hari ni, pukul 8.32 malam (yup, berbanding dengan pukul 9 malam on the first day kami tiba!).

Aktiviti lain di hujung minggu, am missing My Dear John!


*John aka Jonah is my black x-trail.

Hujung Minggu - 70



Limerick, Ireland.

Aktiviti yang begitu ketara di sini untuk aku dan anak-anak aku, membeli groceries. Sangat suka. Beli plantain semalam (Sabtu). Rice flour. Kononnya nak goreng plantain tu. Tapi macam muda lagi. Petang Along and Widad pergi ke universiti sambil mengusung empat laptop. Tujuan, nak cari wifi yang hebat. Kat rumah ni macam tak boleh harap. So, duduklah mereka di student centre sambil kesejukan dan sempat upload beberapa movie si Alim. 3 jam mereka ke sana. 

Rice flour tadi, cuma ada paket bukan main besar lagi. So tengah fikir, selain dari nak buat batter untuk goreng plantain, apa lagi yang boleh dibuat dengan rice flour ni? 



August 27, 2010

Alim - 69



Limerick, Ireland.

Alim tersenyum sendiri bila tengok semua gambar-gambar family dalam laptop. Siap ketawa kecil lagi. Dia ni rindu ke? Rindu kat Kakak Maisa, Abang Muhammad, Abang Aiman, Kak Miza and Lana? Anyways, he was smiling when he saw how tiny he was and how huge Maisa and Along were at that time. 

Map of Ireland - 68



Limerick, Ireland.





 taken from google

Jacket Potato - 67

Limerick, Ireland.

Sebenarnya jacket potato senang je nak buat. Cari ubi kentang yang sedikit besar. Basuh bersih dan bungkus dengan aluminium foil. Masuk dalam oven lebih kurang 30 minit. Ikut saiz ubi kentang tu. Bila dah masak, belah tengah dan masukan apa sahaja filling yang kita suka. Boleh letak curry ayam, egg mayo, tuna,  cole slaw dan apa sahaja. Nak letak milo pun boleh. Euuuw. The latter tak boleh pakai.

Jacket potato ni yang membuatkan aku mesti masuk UK jugak. Wait for mama, people! 

Lupa nak bagi tau, kena makan dengan kulit sekali. Baru ada ummmmp!


 Gambar pinjam dari google

Visa - 66

Limerick, Ireland.

Kalau payah sangat nak dapatkan visa ke UK, aku tinggal di Ireland jelah. Tapi aku rindu nak makan doner, kebab and all the foods there. Especially fish and chips, curry mutton and  totally especially jacket potato. Slurppp, kena apply visa cepat ni. Aku dah mula lapar.

City and Food - 65

Limerick, Ireland.

Along dan Widad ke city pagi ni. Aku tak larat sebenarnya. Dah tua, makcik nia! Widad perlu singgah sekolah kejap. Lepas tu ke city ambil buku sekolah yang dibeli semalam. Buku tu dibalut plastik dengan percuma. Kalau beli lebih dari 50euro. Balik dari ambil buku, aku pesan suruh singgah ALDI beli pisang. Untuk buat cekodok. Itu je yang lalu makan masa ramadhan ni. Aku punya buka puasa di sini, tak susah. Ada sambal, ada celery, ada raddish, (celery dan raddish buat ulam) aku boleh hidup. Anak-anak tak makan sayur tu. So aku masak lain untuk mereka.



Alim - 64

Limerick, Ireland.

Semalam beli buku sekolah dan baju sekolah Alim. Bukan boleh beli kat sebarangan kedai, cuma ada satu kedai sahaja yang jual baju sekolah bersama dengan lencana. So kami pun menghala ke city dan beli. Baju saja 100 euro. Tapi ok jugalah murah berbanding Widad punya baju sekolah merangkap baju raya tiga tahun. hehehe. So, since baju sekolah Alim tak mahal, dia tak perlu pakai baju tu untuk raya. Beli buku sekolah Alim dan semuanya 100 euro juga. Balik rumah, Alim dah excited. Dia kemas beg. By the way, aku dah jumpa headteacher Alim. Dia pesan, kena bawa lunch sendiri dan pastikan bawa balik sampah dari lunch tu balik rumah. Memang jaga environment sekolah betul ni. Kat sekolah tak ada kantin. So bawa bekal ler gamaknya. Cokelat dan any junk food tidak dibenarkan bawa ke sekolah (bad news, Alim). Memang strict. Makanan pulak tak boleh yang berbau. So no mee hoon goreng or nasi lemak or anything from Malaysia. Akan buat sandwich  je. With fruits and juice pun kena tapis dulu. No carbonated drinks. 

Pandai awaklah Alim, sediakan sendiri masa sebelum pergi sekolah nanti.


UL - 63

Limerick, Ireland.

Aku ada juga ambil gambar di University of Limerick. Baru muqadimah. Nanti aku akan ambil gambar dengan lebih banyak bila student dah balik dari summer holidays. At the moment cuma ramai student Masters and PhD je.

Aku nikan malas nak upload gambar. So sila pergi ke sini untuk lihat gambar yang beberapa cuma.

Foto - 62

Limerick, Ireland.

Sila lihat gambar baju sekolah Widad yang mahal tu. Yup, baju raya for three years, Widad!

Sila lihat juga gambar makanan yang akan melebarkan wajah! Itu baru separuh. Lagi separuh ada di kitchen.

August 26, 2010

Beratur - 61

Limerick, Ireland.

Kami perlu pergi ke National Insurance (macam UK) untuk mengambil PPS number. di kaunter 13 Mesti dapatkan nombor ni. So sampai je, orang dah mula beratur. Kami pun berlari mencari penghujung beratur tu. Bila cari punyalah panjang beratur tu, adalah nak dekat satu kilometer. Terasa macam nak pergi audition untuk Akademi Fantasia pulak. Dahlah angin sejuk, beratur pulak panjang. Kami dah masuk beratur, dalam masa lima minit, kat belakang kami ada lagi 50 orang. Lagi 10 minit ada nak dekat 100 orang. Aku pun hairan, takkanlah semua orang ni nak ambil nombor tu sedangkan mereka ni orang sini. Sampai di kaunter rupa2 yang beratur panjang tu ialah orang yang claim benefit. Memang pemalas orang europe ni. Tak kerja tapi dapat duit setiap minggu dari kerajaan. Aku beratur dan bila masuk, aku yang keenam. Huh, dah beratur panjang pun ni je nombor?


Poo - 60

Limerick, Ireland.

Walaupun  nampak hanjeng merata-rata, dan of course bersama tuannya, susah nak nampak taik hanjeng di jalan. Memang bersih juga orang Limerick ni. Kalau kat UK, kena jalan tunduk sebab silap haribulan, tersepak merata tahi hanjeng tu.



Sekolah - 59

Limerick, Ireland.

Hari ni Widad kena pergi sekolah. Principal nak check pakaian sekolah. Kena check every inch. Dah habis check, boleh balik. Minggu depan selasa baru sekolah betul bermula. Oleh kerana baju sekolah dia mahal, aku cakap, kena pakai baju tu sebagai baju raya untuk tiga tahun.



Food - 58

Limerick, Ireland.

Mewah dengan junk food kat rumah aku ni. From crisps to cadbury flakes. 

Gemuk.

Salsa - 57

Limerick, Ireland.

Rasa macam nak join Salsa. 60 euro for 6 weeks. 3 days a week.

 

Apartment - 56

Limerick, Ireland.

Apartment aku ni tingkat bawah. Kat sini dipanggil apartment tapi kat Malaysia dipanggil townhouse. Aku tinggal di bawah dan ada satu couple di tingkat atas. Satu baris ada 3 tingkat bawah dan 3 tingkat atas. Kat depan rumah kami ni ada lagi satu baris. Sama juga ada enam tenants or owner. 

Apartment aku ni ada dua bilik. Masuk pintu depan ada satu ruang kecil di mana aku letakkan kasut dan arang. Ada satu lagi pintu nak masuk ke dalam rumah. Ruang tamu yang boleh dikatakan besar juga dan dapur yang kecil. Sebelah pintu dapur ada pintu lagi dan menghala ke arah tiga lagi pintu. Satu pintu ke toilet Satu pintu lagi ke bilik aku yang ada sliding door untuk keluar untuk sidai kain which yang tak perlu buat langsung sebab aku ada dryer. Satu pintu lagi menghala ke bilik Along, Widad and Alim. 

Semua tingkap double glazing. Even double glazing (dua cermin) pun masih terasa bisa sejuk. Lantai apartment ni lantai kayu tapi aku letak carpet sebab sejuk nak pijak kayu. Lupa pulak, ada lagi satu pintu ke bilik boiler. Boiler untuk air panas. Air paip sejuk sangat. Aku minum je air paip tu. Tapi tak boleh kalah air paip di UK. Air paip UK lagi sedap. Overall, apartment ni macam kotak empat segi panjang. 

Yang penting, pintu yang banyak. Tujuan supaya angin sejuk tak masuk ke dalam bilik lain.

Ahmad Albab!

Principal - 55

Limerick, Ireland.

Masa jumpa dengan principal Widad, aku tengok macam tak rupa principal pun. Lebih relax dan lebih mesra alam. Lainlah kalau di Malaysia, principal ada nampak gah sikit. So berbuallah kami sekejap. Dia siap tanya pasal aku dan aku pun apa lagi tanya dia, 'Any openings?'. Of courselah tak ada sebab recession tak sembuh-sembuh lagi. Even graduates from Ireland sendiri pun tengah perit. Memang aku blessed jadi Malaysian! Wohoo, merdeka kita jom!

August 25, 2010

Widad - 54

Limerick, Ireland.

Kebanyakan orang di sini beragama Roman Catholic. Kuat agama. Sekolah mesti asing, lelaki dan perempuan. Pastu uniform pulak mesti tutup aurat. Beli uniform Widad semalam.Kalau aku ni lemah semangat, memang gerenti aku pengsan kejap. Satu pasang uniform berharga, campur kedebak kedebuk jumlah 300 euro. Hambek kau! Baru sepasang uniform. Sila convert to Malaysian money, my friend (darab 4.2). Kalau tak belajar jugak si Widad ni rajin-rajin, jom kita semua sekeh dia.

My3 - 53

Limerick, Ireland.

Dah dua hari broadband  ni buat hal, so tadi aku terus ke Parkway, kedai phone dan beli broadband my3. Harga 50 euro untuk benda kecil broadband and kalau nak top-up boleh beli lain. Ni prepaid broadband. Memang cekik darah. Kena juga beli sebab urusan aku semua internet. Leceh betul kalau zaman moden ni. I have to rely on this small thing and memang menyakitkan hati. Kan elok zaman aku di mana teknologi masih belum ada sangat. Aku pandai tulis surat tu. Tulisan masih cantik lagi. Now, aku tak pasti aku masih pandai tulis secara manual. Really hard work, you know!



August 23, 2010

Rehat - 52

Limerick, Ireland.

Baru kini aku dapat berehat secukupnya. Sebelum buat sabbatical ni, walaupun berehat, dalam fikiran masih ada banyak kerja lagi yang perlu dibuat. Banyak journal paper perlu ditulis. Ada saja dateline yang perlu ikut. Ada saja phone calls yang suruh buat itu dan ini. Sekarang, terasa aman. Family bond lebih ketara. Kalau kat Malaysia, bila malam baru jumpa anak-anak. Baru sempat nak tanya itu dan ini. Sekarang, hari-hari boleh tanya. Setiap hari duduk di living room ni saja sebab panas sikit berbanding dengan di dalam bilik yang sejuk beku. Living room ni, ada  fireplace. Ada dryer dari kitchen yang boleh membuatkan bilik ni panas sikit. 

Am totally chilin' and happy, people!

Makanan- 51

Limerick, Ireland.

Makanan halal boleh dikatakan mudah juga untuk dibeli di sini. Tapi boleh dikira berapa kedai yang ada. Yang satu kedai Pakistan tu, asyik tutup je memanjang. Lagi satu kedai Arab tu, selalu buka tapi selain ayam, dia tak jual bahan mentah lain. Aku nak jugak cari mutton. Kat sini, aku agak rajin untuk memasak. Mungkin no choice. Mana nak cari Nandos, Johnny's, Dave's Deli and semua fast food yang kami semua suka sangat. Semalam masak cekodok pisang. Rasa sedap bukan main. Masak juga mee hoon tom yam which mee hoon sangat keras walaupun dah celor berjam. Mungkin orang sini makan mentah je kot! Hari ni pula, belum ada menu. Aku kira redah je lagi bagus. So far, anak-anak aku tak complain pun.

Dryer - 51

Limerick, Ireland.

Dryer rosak pulak. So pagi tadi dah call Castle Estate (agent). Baru kejap tadi handyman  agent datang. Betulkan dryer. Dah ok. Tapi yang kurang asam, si handyman masuk pakai kasut. Haishhh. dah cakap berkali-kali kat dia tapi dia buat pekak. Kena hoover kejap lagi.



Monday - 50

Limerick, Ireland.


Activity for Monday, watch Kim Possible with Alim till I die!
 

Internet - 49

Limerick, Ireland.

Semalam petang, tiba-tiba internet connection buat hal. Langsung tak ada internet. Masa tu aku rasa, aku akan terputus hubungan dengan dunia luar.Argh, rasa macam lain je. Macamana nak tau anak-anak aku sihat di Malaysia. Sampai ke pagi ni pun tak ada lagi hinggalah duit top-up telefon Along habis untuk call the broadband company, barulah internet okay dengan sendirinya. Ini yang malas nak depend on something ni. 

Luck - 48

Limerick, Ireland.

To Miezi,


Good luck!

 

Post - 47

Limerick, Ireland.

Aku ni suka mengambil kesempatan. Taklah serious sangat tapi aku dah kerah Along update blog dia dan letakkan gambar. Aku cukup malas bab nak letak gambar ni. 


Post 2 The Famous Shannon River

August 22, 2010

Hilang - 46

Limerick, Ireland.

Maisa bagi tau aku yang office aku di Malaysia telah digeledah. Tabung syilling dan satu kotak hadiah barang kemas yang sepatutnya untuk kawan aku telah diambil. Kotak hadiah tu kecil je pun. Kertas hadiah tu ditinggalkan di dalam laci. Yang hebatnya, pintu tak dipecahkan pun. Maksudnya orang tu ada kunci pendua. Sighh, ingat bulan puasa tak ada toyol!

Sahur - 45

Limerick, Ireland.

Oleh kerana masa berbuka puasa lewat (9 malam), kami ni selalu miss sahur. Sahur pun habis pukul 4 pagi. Perut masih kenyang. Lepas buka terus penat and tidor sampai pagi.

Jaket - 44

Limerick, Ireland.

Pagi lagi kami dah keluar. Kononya nak cari carboot sale. Nak cari buku cerita untuk Alim. Tapi round nak dekat lima kali tapi still tak jumpa. GPS pun tak membantu. So kami ke Sungai Shannon. Posing keliling sungai.  Cantik tapi sejuk sampai beku tangan. Memang besar sungai tu. Sila google untuk tengok besar mana sungai tu. Lepas tu kami ke Dunnes Stores, Next, JJB sports. Nak cari jaket aku. Jaket yang ada hood. Sebab di Limerick ni memang pemurah hujan. Kalah Notts dulu. Anyways, jaket tiada. Maksudnya tiada yang pekenan di hati (mahal sebenarnya!).



Malam - 43

Limerick, Ireland.

Payah betul bila tak ada TV. Beli jigsaw puzzle. 1000 keping puzzle. Halus betul. Boleh mati nak siapkan. Sambil tu main dominos dengan Alim. Alim main juga computer games. Aku main api kat pendiang. Tengok movie kat lap top. Widad tengok Variety show Korea di laptop. Gelak sendiri. Pause. Pandang muka semua orang dalam rumah. Hmmm, baru pukul 11 pagi. Lambat lagi pukul 9 malam ni.


Setia - 42

Limerick, Ireland.


Gembira bila baca. 


A post from  Akab and definitely to remember!

Barcelona - 41

Limerick, Ireland.

Miezi ajak raya di Barcelona. Tapi kami sekeluarga dah pernah pergi. 

'Jom kita raya kat Portugal nak, Miezi?'


 

August 21, 2010

P.S I love you - 40

Limerick, Ireland.

Tulisan ini ditulis sekitar tahun lepas. Masa tu obses tengok movie. Sekarang pun obses jugak.

Entah kenapa tergerak hati aku untuk menonton cerita ini. Sudah lama aku membelinya tetapi tak berkesempatan untuk menontonnya. Memang menyentuh hati. Betapa sayangnya suami kepada isteri dan isteri kepada suami. Pada awal cerita, gerry mati akibat cancer otak. Tinggallah Holly untuk mengumpul kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Memang sedih kerana gerry telah meninggalkan surat dan nota yang akan diterima oleh Holly pada setiap hari. Holly menunggu dengan sabar tanpa mengetahui yang surat itu adalah dihantar oleh ibu Holly sendiri. Ibu Holly telah berjanji pada Gerry untuk berbuat demikian setelah kematiannya. Satu cerita yang amat menarik dan dapat menyentuh perasaan aku terutamanya kerana keadaan yang teratur yang disediakan oleh Gerry kepada Holly. Kasih sayang yang amat besar. Yang pasti sedih cerita ini. Yang lebih utama ialah aku sudah jatuh cinta pada Ireland negara asal Gerry dan William. Nampak gaya aku akan ke sana untuk sebatical tahun depan. Ingin melihat kawasan yang indah dan suasana yang tenang.

Filem ni boleh dapat 5 bintang untuk cerita sedih dan romantik.

Printer - 39

Limerick, Ireland.

Aku akan menggunakan printer dengan hebatnya bila berada di sini. Kerja aku sememangnya akan melibatkan banyak print memprint segala benda. So aku pun bawalah printer dari Malaysia. Hmm, macamlah tak ada jual printer di sini kan!. Anyways, printer yang aku beli tu mempunyai dakwat yang diletakkan di luar dan aku siap bawa dakwat 3 kotak lagi. Murah dan memang menjimatkan untuk kerja macam aku. 

So, masa check-in hari tu, aku suruh budak lelaki di KLIA tu letak sticker FRAGILE. Dia letakkan. So dalam hati selamat printer tu. Sampai sini, printer tak boleh jalan sebab kat kotak tu ada bekas kena hempas dan bekas koyak di semua sudut. Dakwat yang sedia ada dan supposedly tak boleh keluar, dah terkeluar. Habis kotak penuh dengan dakwat. So kenapa nak letak sticker fragile kalau kotak aku dibaling dan dihempas serta di hempok (is there such word?) sebegitu.

Sigh, setelah dibega (is this a word?), masih tak boleh digunakan langsung. Alamat kena beli lain ni. Duit euro lagi (satu euro bersamaan RM4.10 duit Malaysia). 

Duit aku keluar macam air terjun kat sini!

Gambar - 38

Limerick, Ireland.

Mungkin ada yang dah tengok gambar-gambar keluarga aku sebelum ni di facebook. So, aku akan link gambar semasa perjalanan kami dari KLIA>LONDON>DUBLIN>LIMERICK. Kalau rasa-rasa nampak gambar aku macam gemuk tu, sila abaikan. Itu semua salah gambar dan salah upload oleh si gadis bernama Along. Gambar kat blog dia, di sini.