December 7, 2010

Hijrah


Aku pernah ajar budak sekolah menyanyi lagu ni. Jangan tak percaya. Dapat naib johan daerah lagi tu! Sebenarnya, nakkan jadi johan, tapi yang dapat johan tu pulak punyalah terror bab nyanyi ni. Bila aku intai markah, kumpulan aku cuma kalah satu markah je dari yang johan. Tapi yang penting, satu markah ke, kumpulan aku tetap kalah. Naib johan pun ok, John!



Maal Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Anak-anak aku tak tahu pun lagu ni. Sekolah sekarang dah tak nyanyi lagu ni dah ke? Bukan kat sini maksud aku. Kat sini memanglah tak ada lagu ni. Sekolah di Malaya. Patutnya jadikan mesti untuk nyanyi lagu ni supaya budak-budak ni tahu apa makna maal hijrah ni. Sila tanya anak muda zaman sekarang, tahu tak apa itu maal hijrah! Sila. Sekarang juga!


Kejap lagi nak bercerita dengan si budak ponteng sekolah hari ni mengenai Maal Hijrah. 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***