December 1, 2010

Kubur



Ni kali yang entah ke berapa aku tulis mengenai kubur di hadapan rumah aku tu.  Kawasan kubur  yang bersebelahan dengan gereja. Aku sangatlah hairan dan masih lagi  hairan. Biasanya waktu malam, aku tak akan selak langsir untuk lihat di kawasan kubur tapi malam tadi tergerak hati aku untuk melihat apa ada di kawasan depan rumah aku tu. Aku ternampak seorang lelaki sedang bermain dengan anjing dan aku masih amati lagi supaya aku benar2 pasti lelaki tu ialah manusia dan anjing tu ialah anjing yang sebenar. Of courselah manusia betul dan hanjing betul .Ceh. 

Aku lagi hairan di mana waktu malam begini, ada saja orang akan berjalan2 di kawasan kubur tersebut.  Oleh kerana masih banyak lagi salji dan salji masih lagi turun maka kawasan lapang di situ berwarna putih dan kelihatan amat cerah. Orang sini memang sudah diajar untuk menghormati tanah perkuburan dan boleh saja kalau nak berkelah di kawasan itu. Serupa seperti di Amerika Syarikat di mana kawasan tanah perkuburan juga tempat untuk menonton wayang secara beramai-ramai. Siap bawa kerusi lagi untuk duduk santai sambil menonton. Tapi mereka masih menghormati kubur2 tersebut dan tidak pula pijak di kawasan tersebut. 


Filem 'A Walk to Remember' lakonan Mandy Moore juga buat shooting di kawasan perkuburan di mana Mandy berjalan seorang diri untuk melihat bintang melalui teropong. Malam ok!

Tapi kenapa filem Melayu kita mesti buat adegan yang menakutkan di kubur?

Kenapa orang melayu takut akan tanah perkuburan? (takut mati memang patut tapi takut kubur?)

Kenapa orang melayu bila lalu di kawasan kubur rasa seram bulu roma (ketiak juga)?

Aku akui, aku pun takut juga tapi di sini, aku tak takut mungkin kerana telah terikut-ikut dengan cara orang sini?


pagar masuk ke kawasan church. sentiasa bermangga. 15 langkah dari pintu rumah aku (macam gambar sama kat post sebelum ni je!)

pokok di kawasan gereja, John!

Setiap hari aku yang menjadi penunggu setia kepada kawasan di hadapan rumah aku ni. Pagi petang siang dan malam, ada saja manusia dan anjing di kawasan hadapan rumah aku tu!





Radford Grove Lane, Nottingham yang tahun ni tak jengah kubur Mak, Abah dan adik sebab tiada di Malaysia!

***