December 9, 2010

Tilam



Aku keluar dengan Along ke Argos kat Clifton Retail Park. Mak ai, ramainya orang. Sah sah dia orang ni tak kerja. Pagi tu! Tapi naik kereta menjalar-jalar. So memang kaya rayalah mereka ni. Kami singgah Boots dulu. Ada offer. So aku belilah perfume aku yang dah lama habis. Lancome Miracle. Anak2 aku kat rumah tau ni memang bau aku. Oleh kerana bau aku, si Muhammad pun guna perfume tu. Bukan picit sekali okay, dia lumur satu badan kot sebab seminggu habis sebotol 100ml. Boleh bengkrap kalau gini. So aku cuma mampu beli sebotol je. Tahun depan beli lagi sebotol. Taklah macam cocoa butter aku dah beli 10 tubs. hehhehe. Kata tamak. Cocoa butter dapat discount tu. 2 pound untuk satu tub. Kalaulah Miracle aku dapat discount, memang aku beli satu lori ikan. Mandi dengan perfume gamaknya. 

Lepas tu, kami ke Argos, beli tilam hangen. Supposely ada offer, tapi dah terlepas hari offer. Ceh. Aku  beli satu yang double je. Beli jugak sleeping bag lagi dua. So ada empat sleeping bag ni. Actually aku ada tamu nak datang dari Malaysia. Itu yang beli siap2 tu. Bermain dengan sleeping bag ler mereka tu nanti.




Radford Grove Lane, Nottingham.

***